Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BINA BADAN

ABPS (SG) terap empat karyawan pertingkat mutu kepimpinan

CEO Persisi Sheik Alau'ddin dan pemenang pingat emas Sukan Asia Abdul Halim antara disertakan sebagai gambarkan tekad kembalikan kegemilangan sukan
Aug 10, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN bagi Sukan Bina Badan dan Susuk Badan (Singapura) atau ABPS (Singapore) telah menerap empat karyawan dalam jawatankuasa pengurusannya untuk mempertingkat mutu kepimpinan badan itu.



Salah seorang karyawan yang diterapkan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Turut diserap ialah salah seorang juara bina badan tersohor Singapura, Abdul Halim Haron, yang pernah menjulang pingat emas dalam kelas bantamweight di Sukan Asia Busan pada 2002 dan disertakan ke dalam Dewan Kenamaan Majlis Sukan Singapura (SSC).



Dua lagi anggota baru ABPS (Singapore) ialah Dato Barnabas Huang, Pengarah Urusan Negeri UFC Gym; dan Encik Morgan Lee, Pengarah Urusan Kumpulan Eagle i Security Services Pte Ltd.



Mendedahkan demikian, Presiden ABPS (Singapore), M. Letchmenon, berkata para karyawan itu diserap dalam mesyuarat tahunan ABPS pada 13 Jun lalu.



Langkah tersebut menunjukkan pendekatan serius badan itu mengembalikan era kegemilangan sukan bina badan setempat.



"Usaha membina semula dan mengembalikan kegemilangan sukan susuk dan bina badan perlu merangkumi beberapa pendekatan. Salah satu asas penting ialah pucuk pimpinan yang berkebolehan yang mampu merangka serta melaksana program-program untuk membangun dan melatih atlet berbakat untuk bersaing di pentas dunia,'' katanya.



Di samping itu, Jawatankuasa Pengurusan ABPS (Singapore) akan meneroka sumber-sumber dana untuk menampung ongkos membangunkan atletnya serta menghantar mereka ke pertandingan-pertandingan antarabangsa yang berprestij.



Dengan penerapan keempat-empat anggota itu, Jawatankuasa Pengurusan ABPS (Singapore) kini mempunyai seramai 13 anggota.



Ia diketuai oleh Letchmenon, selaku Presiden. ABPS juga melantik Datuk Paul Chua sebagai penasihatnya.



ABPS (Singapore) didaftar sebagai persatuan pada 7 Januari 2020 dan kini beroperasi di pusat beli-belah Balestier Hill.



Ia menyasar matlamat membangunkan semula sukan bina badan dan menggantikan Persekutuan Bina Badan Singapura (SBBF) yang sebelum ini bergerak aktif dalam bidang itu. SBBF kini tidak lagi aktif.



Sebelum pendaftarannya diluluskan, ABPS (Singapore) tetap bergerak aktif di bawah nama World Bodybuilding and Physique Sports (WBPS). Ia telah menghantar atlet ke beberapa pertandingan antarabangsa (Kejohanan Asia Tenggara, Asia dan Dunia).



Atlet Singapura yang dihantar WBPS telah menempa nama dalam kejohanan-kejohanan itu, termasuklah Shaifulhaq Ahmad Ishak, yang memenangi kategori 80kg dan juara keseluruhan Mr Southeast Asia di Siem Raep, kemboja pada Julai 2018. Pada Nov 2018 pula, Shaifulhaq merangkul juara Mr Asia (75kg) di peringkat Asia di Pune, India.



Seorang lagi atlet, Abdullah Jaafar, memenangi tempat kedua dalam kategori Masters dalam Kejohanan Sukan Bina Badan dan Susuk Badan Dunia ke-10 di Chiang Mai, Thailand.



ABPS (Singapore) menetapkan sasaran membentuk skuad bina badan mewakili negara dalam kejohanan besar seperti Sukan SEA, Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia.



Sejajar dengan itu, ABPS telah membuat permohonan kepada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) sebagai persatuan sukan nasional (NSA) yang diiktiraf untuk mengumpul dan melatih atlet bina badan.



ABPS (Singapore) juga sedang berusaha mengumpul badan-badan kerabat di bawah satu bumbung, dan memastikan sukan itu bersih daripada "doping" atau penggunaan dadah/bahan terlarang.



Sehingga kini, sebanyak tujuh badan dan persatuan telah menyertai ABPS (Singapore) sebagai anggota bersekutu. Ini termasuklah Persatuan Grasio (Singapura), Active Life Centre Pte Ltd, NF Fitness Pte Ltd, Anytime Fitness (Cawangan Novena), Anytime Fitness (Cawangan Cecil Street), UFC Gym (Raffles Link) dan Dynamics Fitness.



"Matlamat utama kami ialah membantu anak muda kita menceburi bidang sukan ini tanpa penggunaan dadah atau bahan-bahan terlarang.



"Ini penting kerana usaha mengembalikan zaman kegemilangan sukan bina badan memerlukan tahap disiplin dan komitmen yang tinggi. Inilah satu-satunya cara yang akan membantu kita untuk bergerak ke tahap baru dan membawa pulang pingat-pingat buat Singapura,'' ujar Letchmenon.



Di samping itu, beliau turut menghargai langkah bekas jaguh-jaguh bina badan setempat tampil menyuarakan sokongan kepada ABPS (Singapore).



Bekas juara Singapura itu, termasuk Rohmat Juraimi, Fatholomein Ali, Ibrahim Sihat, Said Suib dan Ramlan Ramli menyuarakan sokongan dan memberi pandangan mengenai senario bina badan setempat dalam satu laporan Berita Minggu baru-baru ini.



Usaha itu digerakkan oleh Abdul Halim, yang prihatin mengenai masa depan atlet bina badan setempat.




"Usaha membina semula dan mengembalikan kegemilangan sukan susuk dan bina badan perlu merangkumi beberapa pendekatan. Salah satu asas penting ialah pucuk pimpinan yang berkebolehan yang mampu merangka serta melaksana program-program untuk membangun dan melatih atlet berbakat untuk bersaing di pentas dunia."
- M. Letchmenon, Presiden ABPS (Singapore).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >