Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Abramovich komited hasil jualan Chelsea disalur amal

May 07, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Roman Abramovich berkata beliau tidak meminta Chelsea melunaskan pinjaman £1.5 bilion ($2.5 bilion) apabila kelab itu dijual.



Jutawan berpengaruh dari Russia itu mengutarakan hasrat untuk menjual Chelsea sejak Mac, sejurus sebelum beliau dikenakan sekatan oleh pemerintah Britain, menyusuli tindakan Russia menyerang Ukraine.



Seorang jurucakapnya berkata Abramovich kekal komited untuk memastikan hasil penjualan Chelsea disalurkan ke tujuan yang mendatangkan kebaikan.



Menambah, beliau berkata dana dari pinjaman itu boleh dibekukan akibat sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU).



Namun, dana itu masih diperuntuk bagi yayasan yang ingin ditubuhkan hartawan itu.



Abramovich, yang tidak lagi layak menjadi pengarah di Chelsea sejak Mac lalu, telah berkata hasil penjualan kelab itu akan didermakan kepada mangsa peperangan.



Jurucakapnya, dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, berkata hasrat Abramovich tidak berubah dan pasukannya telah mengenal pasti beberapa wakil dari badan-badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan kebajikan sedunia yang telah ditugaskan untuk membangunkan sebuah yayasan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >