Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ACS (I) juara ragbi lelaki Divisyen C sekali lagi

Kemenangan keenam berturut-turut lepas kalahkan Sekolah Menengah St Andrew
Aug 23, 2023 | 05:10 PM



Apabila bola ditendang pemain Sekolah Menengah St Andrew, Wesley Choo, pada hujung perlawanan akhir kejuaraan ragbi lelaki Divisyen C Sukan Sekolah Nasional pada Selasa, kesemua 1,000 penyokong memerhatikan bola tersebut dengan gementar.

Ini kerana hanya beberapa detik sebelum itu, St Andrew, yang juga dikenal sebagai the Saints, menjaringkan try semasa menentang Sekolah Anglo-Chinese (Independent) (ACS (I)) untuk merapatkan jurang antara mereka kepada 36-34.


Jika try itu berjaya dijaringkan, perlawanan di Stadium Jurong West itu akan melangkah ke masa tambahan.


Namun, percubaan Wesley tersasar.

Penyokong dan pemain ACS (I) bersorak dan meraikan kejuaraan keenam berturut-turut pasukan mereka.

Ia juga merupakan kemenangan ke-24 mereka dalam 30 perlawanan akhir sejak 1993.

St Andrew pula terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan kali ini.

Wesley, 13 tahun, jatuh melutut kerana kecewa.

“Saya telah mengecewakan pasukan saya, penyokong , ibu bapa dan sesiapa sahaja yang menyokong kami sejak permulaan musim,” kata Wesley, yang masih berlinangan air mata.

Wesley berkongsi bahawa dia mengambil masa yang lebih untuk membuat persiapan kerana tendangan itu sangat penting.

“Saya benar-benar berharap tendangan itu masuk, tetapi kali ini ia tidak,” tambah Wesley.

Jurulatih St Andrew, Sam Chan, berkata: “Wesley biasanya tepat dengan tendangannya tapi tendangan ini dibuat dari posisi yang sukar dan mungkin dia terlalu tertekan.”

Dia menyatakan bahawa pasukannya telah berusaha sedaya upaya dan kekalahan adalah sebahagian daripada ragbi.

St Andrew memulakan perlawanan itu dengan kurang baik, di mana kesilapan individu menyebabkan ACS (I) mendahului 21-3 semasa separuh masa pertama.

Namun, the Saints berjaya membuat dua jaringan untuk merapatkan jurang kepada 21-17.

Dengan kededua pasukan bersemangat untuk menambah jaringan, perlawanan itu menjadi lebih sengit.

ACS (I) mendahului the Saints dengan 36-29.

Menjelang saat-saat akhir perlawanan itu, pemain the Saints, Muhammad Hazim Azhar menjaringkan try-nya.


Wesley mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan tendangannya bagi menyamakan kedudukan, tetapi peluangnya terlepas.

Jurulatih ACS (I), Adrian Chong, lega bahawa mereka dapat mengelak masa tambahan.

“Saya tidak pasti apakah masa tambahan akan memberi satu kelebihan kepada kita,” kata beliau.

“Pemain-pemain saya mempunyai kekuatan mental dan keupayaan fizikal untuk terus bertahan,” tambahnya, lapor The New Paper.


“Banyak pemain letih kerana telah berusaha lebih sejam. Yang penting ialah keputusan akhir dan kami dapat pertahankan kejuaraan kami,” tambahnya.

Beliau mengakui bahawa pasukannya lalai dalam perlawanan itu dan keciciran mata.

Namun, beliau tetap percaya pasukannya layak memenangi kejohanan tersebut.

Sebagai sebahagian daripada tradisi tahunan, anggota pasukannya telah ke sebuah kedai gunting rambut untuk membotakkan kepala mereka.

Ia dilakukan sebagai menandakan bahawa setiap pemain mempunyai taraf yang sama semasa dalam padang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >