Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG KEJOHANAN PENCAK SILAT DUNIA

Adik-beradik susun langkah, pertajam pukulan untuk SG

Jul 24, 2022 | 06:33 AM



EMPAT tahun lalu, srikandi silat negara Nur Syaza Insyirah Md Roslan menakluki gelanggang Kejohanan Pencak Silat Dunia di Singapura seorang diri.



Tetapi di edisi ke-19 kejohanan itu di Melaka, dari 26-31 Julai, Syaza, 22 tahun, akan disertai abang, Muhamad Isqandar Dzulfiqar, 23 tahun, dan adiknya, Nur Tuffah Izzah, 18 tahun.



Trio ini membentuk sebilangan atlet adik-beradik dalam skuad Singapura seramai 30 pesilat yang akan beraksi di Melaka.



"Pada 2018, abang saya sebenarnya patut bersaing di Kejohanan Pencak Silat Dunia juga (tapi terlepas peluang)... Jadi, saya gembira melihat mereka menyertai saya kali ini," kata Syaza, pemenang pingat perak acara tanding kelas B puteri di edisi 2018.



"Berlatih bersama sudah menjadi perkara biasa untuk kami adik-beradik sejak kecil.



"Tapi, mempunyai matlamat sama bersaing di kejohanan besar, itu yang memberi kami lebih semangat untuk berusaha gigih. Dan sekiranya ada kekurangan dalam diri masing-masing, kami akan cuba mendorong satu sama lain untuk menjadi lebih baik," tambah mahasiswi jurusan pemasaran dan pengajian sukan di Institut Pengurusan Singapura (SIM) itu.



Titik permulaan adik-beradik ini dalam sukan silat didorong minat pada siri televisyen aksi wira Power Rangers, kongsi Isqandar.



"Kami dahulu suka tonton Power Rangers dan main gaduh-gaduh dengan satu sama lain," kata anak kedua daripada enam adik-beradik itu sambil tertawa.



"Jadi, pada satu hari, ketika bapa kami sedang memandu, dia nampak sepanduk Seligi Tunggal Angkatan dan mengajak kami mencuba silat."



Bahkan, Encik Roslan, yang pernah bergiat dalam silat pada zaman mudanya, menjadi pengaruh besar dalam perjalanan silat anak-anaknya.



"Beliau hingga pernah membeli tikar styrofoam dan menjadikan satu bilik dalam rumah kami tempat latihan. Beliau kemudian membuat jadual untuk melatih kami pelbagai kemahiran silat pada hari-ha-ri tertentu," cerita Isqandar, pelajar kejuruteraan awam di Institut Teknologi Singapura (SIT).



Kejohanan dunia ini adalah yang kedua buat Syaza dan pertama bagi Isqandar dan Tuffah. Isqandar, bagaimanapun, pernah beraksi di Kejohanan Pencak Silat Asia 2018.



Walaupun masih setahun jagung di gelanggang antarabangsa, Tuffah dapat bergantung pada pengalaman abang dan kakaknya untuk mempersiapkan dirinya.



Pelajar perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak di Politeknik Ngee Ann, berkata:



"Berbanding mereka berdua, saya kurang pengalaman bertanding dalam kejohanan besar. Tapi, saya beruntung ada abang dan kakak yang sama-sama bertanding. Saya boleh tanya mereka jika saya tidak pasti."



Bagi pasangan adik-beradik Abdul Raaziq dan Abdul Raazaq Abdul Rashid pula, edisi kejohanan dunia kali ini akan menjadi penampilan kedua mereka bersama.



Raaziq, 24 tahun, yang sudah tiga kali bertanding dan merangkul pingat perak dalam edisi lalu di Singapura, berkata menjadi rakan sepasukan adiknya adalah satu detik istimewa.



"Kami bukan berjumpa di rumah sahaja, malah di tempat latihan. Jika ada pengalaman latihan serta pertandingan, atau masalah yang dihadapi, kami sedia ada untuk membantu satu sama lain," katanya, yang baru selesai menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan ghairah untuk masuk gelanggang semula.



Pasangan itu mula menceburi silat lebih sedekad lalu apabila bapa mereka ingin mereka belajar seni mempertahankan diri.



Raazaq, 21 tahun, kini dalam prestasi baik selepas menang perak dalam Sukan SEA Hanoi Mei lalu. Beliau ingin mengikuti langkah abangnya menggondol pingat di Melaka.



"Selepas Sukan SEA, saya bertambah yakin sebab saya telah berlatih setiap hari sejak temasya sukan itu bagi mempelajari kemahiran baru dan memperbetul kesilapan dalam perlawanan.



"Saya rasa lebih bersedia sekarang dan tidak sabar untuk lawan," ujar anak kedua daripada tiga beradik silat itu.



Antara pesilat adik-beradik lain dalam skuad Singapura ialah Sheik Ferdous, Sheik Farhan dan Nur Shaqira Sheik Alau'ddin; Muhammad Syahiran dan Muhammad Syamil Jeffry; Nadhrah dan Amirah Sahrin; serta Muhammad Hazim dan Muhammad Haziq Mohd Zaque.



Pasukan Singapura berangkat ke Melaka semalam. Dalam edisi 2018, Singapura meraih tujuh emas, iaitu pencapaian terbaiknya di kejohanan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >