Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

AGM Perses: Halim atasi saingan bekas naib presiden untuk terus terajui badan sukan

Oct 30, 2017 | 11:15 PM



PRESIDEN Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Abdul Halim Kader, memenangi undian untuk terus menerajui pucuk kepimpinan badan pentadbir sukan itu bagi penggal 2017-2020 di akhir mesyuarat agung tahunan (AGM) yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Perses, Bedok North, sebentar tadi (30 Oktober).

Berhadapan saingan daripada bekas naib presiden Perses yang juga pegawai veteran akar umbi Kaki Bukit CSC, Mohamed Salim Ebrahim Marican, bagi merebut jawatan tertinggi badan pentadbir sukan itu, Halim mendapat kepercayaan anggota kerabat dengan kemenangan 14 undi berbanding hanya tiga bagi pesaingnya itu.

Dipercayai, saingan bagi jawatan presiden Perses itu adalah yang pertama sejak 2005 apabila Halim menewaskan pesaingnya ketika itu, Muhd Haniff Abdul Razak, dengan hanya kelebihan tiga undi. Di AGM dua tahun lalu, Halim yang turut memainkan peranan besar dalam perkembangan sukan di peringkat sejagat dan Asia sebagai presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan setiausaha agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), dipilih semula tanpa bertanding.

Saingan bagi satu lagi jawatan utama - setiausaha agung Perses - antara pemangku jawatan itu dalam majlis Perses sebelum ini, Borhan Saini, dengan pencabarnya, Suzalinah Saidee, mantan bendahari Perses, tidak menjadi selepas Borhan mengumumkan keputusan menarik diri daripada menjadi calon "atas sebab mahu menumpukan perhatian kepada perniagaannya".

Sebalik, senarai pencalonan yang diedar Perses semalam menyebut seorang lagi calon bagi jawatan setiausaha agung itu - bekas pemain nasional, Raimon Budin, yang memenangi undian 12-6 (satu tidak mengundi).

Perebutan bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan persaingan sengit yang akhirnya memihak kepada Mohd Nasri Haron yang mengatasi Mohd Radhi Che Mei dengan undian 10-8 (satu tidak mengundi).

AGM semalam turut menyaksikan beberapa muka baru termasuk Major (NS) Zahid Abdul Aziz dari Woodgrove CSC dan Tengku Azan Shah Tengku Indra Shah daripada syarikat Kalms (Singapore) menyertai majlis baru Perses yang akan berkhidmat bagi tiga tahun mendatang.

Kesemuanya, 19 kerabat layak mengundi di AGM Perses ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >