Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Aguero semakin hampir sertai Barcelona

May 26, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Legenda Manchester City, Sergio Aguero semakin hampir untuk menyertai Barcelona dan kembali ke liga yang telah menaikkan namanya sebagai pemain bola sepak.



Penyerang Argentina itu mengucapkan selamat tinggal kepada City dengan penuh emosi kelmarin, malah turut meledak dua gol dalam perlawanan terakhir bersama skuad The Citizens ketika membelasah Everton 5-0.



Pengurus City, Pep Guardiola berkata, beliau gembira pemain berusia 32 tahun itu dapat bergandingan dengan nama-nama besar di Barcelona, termasuk rakan senegara, Lionel Messi.



"Mungkin saya boleh dedahkan satu rahsia. Dia (Aguero) semakin hampir untuk menyertai kelab yang amat dekat di hati saya, Barcelona.



"Dia akan bermain dengan pemain terbaik sepanjang zaman, Messi.



"Saya percaya dia pasti gembira di sana dan mungkin Barcelona akan menjadi semakin kuat," kata Guardiola kepada BBC.



Aguero, akan meninggalkan Etihad selepas kontraknya tamat pada Jun ini.



Aguero memulakan karier profesional dengan beraksi buat kelab negaranya, Independiente, namun dia semakin menonjol sepanjang lima musim bersama Atletico Madrid sebelum menyertai City pada 2011.



Dia telah menjaringkan 260 gol dalam 389 perlawanan bersama Manchester City. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >