Ahli lompat pagar Sekolah Sukan pecah rekod junior negara bawah 20 tahun
Premium
Ahli lompat pagar Sekolah Sukan pecah rekod junior negara bawah 20 tahun
Apr 5, 2018 | 5:30 AM
CHONG WEI GUAN: Kemenangannya melayakkannya bertanding di Kejohanan Asia di Jepun Jun ini dan Kejohanan Dunia Junior di Finland pada Julai. - Foto BH oleh JONATHAN CHOO -
ATLIT lompat pagar Sekolah Sukan Singapura (SSP), Chong Wei Guan, mampu tersenyum lebar atas pencapaian yang diraihnya pada hari kelima kejohanan padang dan balapan sekolah-sekolah kelmarin.
Chong bukan sekadar berjaya mempertahankan gelaran juara 110 meter lompat pagar Divisyen 'A' dengan penuh bergaya di Stadium Choa Chu Kang, malah dia turut memecahkan rekod junior negara bawah 20 tahun yang bertahan selama 13 tahun dengan catatan masa 14.13 saat.

