Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

AIA, Nazri Nasir ganding bahu galak rakyat amal gaya hidup sihat

Aug 02, 2018 | 05:30 AM



SYARIKAT insurans AIA telah berganding bahu dengan bekas kapten pasukan bola sepak Singapura Nazri Nasir, dalam usaha menggalak rakyat Singapura mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.



AIA, yang juga merupakan rakan kongsi utama antarabangsa kelab Liga Perdana England (EPL) Tottenham Hotspur, telah mendekati masyarakat menerusi bola sepak dan gaya hidup sihat.



Dengan usaha pendekatan yang giat dilakukan menerusi sukan, AIA juga mahu mengetengahkan nilai kerja berpasukan, disiplin dan kesukanan untuk memberi kesan positif kepada kehidupan orang ramai.



Justeru, dengan perkongsian pengalaman Nazri sebagai pemain bola sepak dan bagaimana beliau menerapkan gaya hidup sihat kepada keluarganya terutama anak-anaknya, AIA juga berharap ia akan memberi inspirasi kepada rakyat Singapura untuk mengatasi kesukaran di samping menjaga kesihatan dam masa depan mereka.



Sejak kecil lagi, Nazri, yang merupakan peminat setia Spurs, sering mengimpikan untuk melawat White Hart Lane (stadium Spurs) di London.



Baru-baru ini, AIA telah melancarkan satu peraduan di media sosial yang dikenali sebagai AIA Mission: Spurs - Celebrating Courage Over Adversity (Misi AIA: Spurs - Meraikan Keberanian Di Sebalik Kesukaran).



Peraduan ini bakal mencari peminat pasukan EPL dari Singapura yang mempunyai kisah-kisah inspirasi dalam mengatasi cabaran kehidupan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.



Pemenang peraduan ini dan seorang teman akan terbang ke London bersama Nazri untuk menyaksikan perlawanan di stadium pasukan Spurs.



"Sebagai bekas pemain bola sepak profesional, saya telah bersara awal dan malangnya, tidak bersedia untuk babak seterusnya dalam hidup saya.



"Setelah mengalami beberapa kesukaran, baik secara fizikal dan kewangan, saya menyedari betapa pentingnya gaya hidup sihat dan perancangan awal untuk masa depan.



"Saya berharap mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura dan generasi akan datang menjadi yang terbaik yang dapat mereka lakukan menerusi inisiatif ini," kata Nazri.



Ketua pegawai pemasaran dan pelanggan AIA Singapura, Cik Ho Lee Yen, pula berkata:



"Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Nazri dalam menyokong kehidupan yang sihat dan memenuhi impian peminat Spurs melawat stadium kelab bola sepak Tottenham Hotspur.



"Seperti mana yang sering dilakukan, kita mahu mencabar diri memberi khidmat melangkaui model insurans tradisional kerana kita ingin terus melabur dalam kesihatan rakyat Singapura, membolehkan mereka hidup lebih sihat, lebih lama dan lebih baik."



Mereka yang berminat menyertai peraduan ini boleh melungsuri laman Facebook AIA Singapura di www.facebook.com/Singapore.AIA.



Tarikh tutup bagi penyertaan Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >