Topik diikuti
Pergi ke BHkuAIA penaja utama Liga Perdana S'pura selama dua tahun
Feb 27, 2019 | 5:30 AM
AIA penaja utama Liga Perdana S'pura selama dua tahun
PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah memeterai perjanjian baru bersama syarikat insurans AIA Singapore sebagai penaja utama Liga Perdana Singapura (SPL) bermula musim ini.
Perjanjian tersebut bakal menyaksikan AIA Singapore menaja SPL selama dua tahun, di samping membuka peluang dalam pembangunan bola sepak tempatan.