Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AIA sambung tajaan lagi 2 tahun

Mar 3, 2021 | 5:30 AM
RANGSANGAN TAMBAHAN: Ketua pegawai eksekutif AIA Singapore Wong Sze Keed (kiri) dan Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Lim Kia Tong di majlis penandatangan penajaan kejuaraan Liga Perdana Singapura (SPL) di Stadium Jalan Besar semalam. Persetujuan baru ini akan berlangsung selama dua tahun sehingga musim 2022. - Foto BH oleh JASON QUAH
RANGSANGAN TAMBAHAN: Ketua pegawai eksekutif AIA Singapore Wong Sze Keed (kiri) dan Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Lim Kia Tong di majlis penandatangan penajaan kejuaraan Liga Perdana Singapura (SPL) di Stadium Jalan Besar semalam. Persetujuan baru ini akan berlangsung selama dua tahun sehingga musim 2022. - Foto BH oleh JASON QUAH -

MUSIM terbaru Liga Perdana Singapura (SPL) mendapat rangsangan tambahan menjelang pembukaan tirainya 13 Mac ini setelah syarikat insurans hayat, AIA Singapore, melanjutkan penajaan kejuaraan satu-satunya liga profesional sukan setempat itu selama dua tahun lagi.

Di bawah persetujuan baru ini, AIA Singapore akan menyokong liga itu sehingga musim 2022, dengan pilihan untuk melanjutkannya kepada tiga tahun lagi, umum Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Lim Kia Tong semalam.

AIA Singapore telah menjadi penaja kejuaraan liga SPL sejak 2019, selama dua tahun.

Lim, di majlis penandatangan penajaan kejuaraan SPL di Stadium Jalan Besar semalam, berkata:

"Penajaan semula AIA Singapore dalam kejuaraan SPL jelas membuktikan kepercayaan mereka dalam apa yang kami rancang untuk mencapai dalam bola sepak tempatan dan keyakinan yang telah dibangunkan bersama. Tidak dinafikan, ia akan membantu perkembangan bola sepak domestik dan peranan AIA Singapore sebagai rakan kongsi strategik adalah sangat penting."

Lim menambah jumlah penajaan buat tempoh baru ini turut ditambah.

Berita Harian difahamkan persetujuan baru selama dua tahun itu bernilai $2 juta.

Selain penajaan, AIA Singapore dan FAS akan melancarkan beberapa inisiatif termasuk memberikan anugerah Pemain Terbaik AIA dan Pemain Muda Terbaik AIA setiap bulan sepanjang musim SPL.

Sebelum ini, hanya anugerah tahunan Pemain Terbaik AIA diberikan pada hujung musim.

Musim ke-26 liga bola sepak profesional Singapura dijadual berlangsung pada 13 Mac ini.

Hari pembukaan musim 2021 akan menyaksikan juara bertahan Albirex Niigata berdepan Hougang United dan Lion City Sailors menjadi tuan rumah kepada Tampines Rovers.

Akibat Covid-19, Perisai Masyarakat AIA telah dijadual semula kepada 19 Jun, di mana Albirex Niigata akan menentang Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg