Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AIA Singapore penaja utama Liga Perdana S'pura mulai musim ini

Feb 23, 2019 | 9:41 PM
PENAJA BARU: Encik Lim Kia Tong (depan, kiri) dan Encik Patrick Teow berjabat tangan selepas menandatangani perjanjian penajaan baru bagi musim Liga Perdana Singapura selama dua tahun.
PENAJA BARU: Encik Lim Kia Tong (depan, kiri) dan Encik Patrick Teow berjabat tangan selepas menandatangani perjanjian penajaan baru bagi musim Liga Perdana Singapura selama dua tahun. - Foto Liga Perdana Singapura

PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah memeterai perjanjian baru bersama syarikat insurans AIA Singapore sebagai penaja utama Liga Perdana Singapura (SPL) bermula musim ini.

Perjanjian tersebut bakal menyaksikan AIA Singapore menaja SPL selama dua tahun, di samping membuka peluang dalam pembangunan bola sepak tempatan.

Ini setelah syarikat induknya, AIA, merupakan penaja global utama Tottenham Hotspur (Spurs), salah satu kelab bola sepak terkemuka Liga Perdana England (EPL) yang kini menduduki tempat ketiga liga.

Lantas, ia diharap dapat membuka peluang bagi bakat pemain muda dan bola sepak Singapura, secara amnya, untuk terlibat dengan kelab tersebut.

Dalam sesi pemeteraian perjanjian di Stadium Jalan Besar hari ini (23 Februari), Ketua Pegawai Eksekutif AIA Singapore, Encik Patrick Teow, memberi gambaran akan peluang bagi bakat muda setempat dilatih oleh kakitangan atau jurulatih Spurs pada masa hadapan.

Semasa berucap, beliau berkata:

"Kami merancang menggunakan kerjasama kami bersama Spurs supaya Singapura berpeluang melibatkan diri dengan kelab tersebut (pada masa hadapan)."

Presiden FAS, Encik Lim Kia Tong, pula menyifatkan kerjasama dan penajaan tersebut sebagai "pengukuhan pada tahap persaingan bola sepak Singapura".

"AIA bukanlah muka baru dalam bola sepak. Mereka telah lama bekerjasama dengan salah satu pasukan terkemuka EPL, Tottenham Hotspur.

"Kami (FAS) sungguh berbesar hati dapat bekerjasama dalam perjalanan kami meningkatkan tahap bola sepak di Singapura secara am dan SPL secara khususnya," kata Encik Lim.

Edisi liga utama tempatan sebelum ini pernah ditaja oleh syarikat Great Eastern dan Hyundai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg