Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MEMBANGUN BAKAT BOLA SEPAK S’PURA

Aide: Kategorikan jurulatih ikut kepakaran

Apr 16, 2023 | 05:30 AM



STRUKTUR jurulatih dalam bola sepak Singapura harus diperbetulkan, kata bekas kapten Singa Aide Iskandar.



Beliau berpendapat bahawa Singapura bergelut untuk mengkategorikan barisan jurulatihnya mengikut keperluan pembangunan bola sepak negara.



Malah, bekas jurulatih Young Lions dan pasukan bawah 23 tahun nasional lelaki itu mencadangkan supaya jurulatih tempatan dibahagikan kepada tiga cabang - elit, pembangunan dan akar umbi.



Ini ditetapkan berdasarkan pengalaman bermain jurulatih dan keupayaan mereka untuk melatih pasukan di tahap tertentu.



Pandangan itu disuarakan Aide dalam satu episod podcast sukan Berita Harian/Berita Minggu, #NoTapis Extra Time, baru-baru ini yang membincangkan projek Unleash The Roar! (UTR).



Salah satu daripada lapan tiang dalam UTR adalah mengenai laluan pembangunan yang sejajar untuk jurulatih.



Dengan ramai jurulatih mapan Singapura telah menyerantau ke luar negara, ia menimbulkan persoalan sama ada masih ada lagi jurulatih tempatan yang berkualiti untuk mendidik bakat di sini.



Aide, yang merupakan abang kepada jurulatih kelab Liga 1 Indonesia Persikabo 1973, Aidil Sahrin, berkata: "Jika boleh saya kata secara jujur, berdasarkan struktur, kita di sini bergelut dari segi mengkategorikan jurulatih.



"Saya rasa kita perlu meletakkan mereka dalam tiga 'bakul' - jurulatih elit, jurulatih pembangunan dan jurulatih akar umbi.



"Kita tidak mempunyai sistem penapisan untuk mengkategori mereka dan seseorang yang dapat mengenal pasti kebolehan jurulatih ini."



Menjelaskan saranannya, Aide berkata jurulatih yang mahir dalam taktik bola sepak boleh menjadi pakar taktik dan mengambil pasukan elit, manakala mereka yang bagus dalam mengajar teknik bola sepak boleh disertakan dalam kategori jurulatih pembangunan belia.



Bagi kedua-dua 'bakul' elit dan pembangunan ini, Aide menekankan bahawa jurulatih juga harus pernah bermain bola sepak di tahap tertentu - sebaik-baiknya secara profesional atau telah mewakili pasukan Singa.



"Mereka mesti tahu menunjukkan kepada pemain cara membuat hantaran 20 meter, hantaran melambung atau hantaran kuat.



"Oleh itu, saya fikir ada jurang dalam bahagian ini dan sekiranya FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) dapat cuba memperbetulkannya, saya fikir ia akan membantu membentuk apa yang kita boleh memperbaiki dalam jabatan kejurulatihan," ujar beliau.



Sejak tahun lalu, semakin ramai jurulatih Singapura menyahut cabaran melatih pasukan luar negara.



Antara jurulatih elit Singapura ialah Fandi Ahmad (ketua jurulatih di kelab Liga Super Malaysia Sri Pahang), Akbar Nawas (pengarah sukan di kelab Liga 2 Thailand Udon Thani), V. Sundram Moorthy (pengarah teknikal di Persekutuan Bola Sepak Laos) dan Clement Teo (ketua jurulatih kelab Liga Perdana Kemboja Boeung Ket).



Beberapa jurulatih belia negara, Kadir Yahaya (ketua bola sepak belia di kelab Liga 1 Thailand BG Pathum) dan Herman Zailani (ketua pendidikan jurulatih bersama Persekutuan Bola Sepak Laos) turut mengikut jejak langkah itu.



Sementara itu, jawatan tertinggi jurulatih dalam bola sepak Singapura digalas warga Jepun Takayuki Nishigaya (pasukan nasional lelaki), warga Maghribi Karim Bencherifa (pasukan nasional wanita) dan Philippe Aw (pasukan bawah 22 tahun nasional lelaki).




"Ia bukan hanya aspek teknikal yang penting, tetapi seseorang yang pemain muda boleh contohi dari segi nilai kesukanan dan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang atlet berprestasi tinggi.

Saya gembira bahawa ada legenda dalam kalangan kita...Mereka melihatnya sebagai cara untuk menyumbang kembali kepada ekosistem bola sepak dan memastikan bola sepak Singapura terus berkembang."

- Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >