Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aide, Rafi mentor pertama 'Unleash The Roar!'

Apr 16, 2023 | 5:30 AM
SUMBANG BAKTI: Aide Iskandar (kiri) dan Rafi Ali dilantik mentor projek 'Unleash the Roar!' (UTR). - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
SUMBANG BAKTI: Aide Iskandar (kiri) dan Rafi Ali dilantik mentor projek 'Unleash the Roar!' (UTR). - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -

BEKAS pemain antarabangsa Singapura, Aide Iskandar dan Rafi Ali telah dilantik sebagai mentor pertama projek Unleash The Roar! (UTR).

Pelantikan ini didedahkan Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua dalam satu episod podcast sukan Berita Harian/Berita Minggu, #NoTapis Extra Time, baru-baru ini.

Aide dan Rafi pertama kali diundang ke podcast #NoTapis Extra Time pada Januari untuk membincangkan keadaan bola sepak Singapura menyusuli penyingkiran pedih skuad Singa dalam Piala AFF 2022.

Antara pandangan yang diutarakan mereka dalam episod itu adalah untuk melihat lebih banyak dialog bersama pelbagai pihak berkepentingan - termasuk bekas pemain negara - dalam membangunkan bola sepak negara.

Sejak itu, kedua-dua mereka kerap berkongsi pendangan dan cadangan untuk membangkitkan semula bola sepak setempat bersama Encik Chua.

Encik Chua berkata: "Ia bukan hanya aspek teknikal yang penting, tetapi seseorang yang pemain muda boleh contohi dari segi nilai kesukanan dan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang atlet berprestasi tinggi.

"Saya gembira bahawa ada legenda dalam kalangan kita...Mereka melihatnya sebagai cara untuk menyumbang kembali kepada ekosistem bola sepak dan memastikan bola sepak Singapura terus berkembang."

Selain menjadi mentor kepada pemain muda, Aide dan Rafi sasar untuk mendekati ibu bapa dan berkongsi pengalaman dan nasihat tentang cara mendidik anak-anak mereka yang bercita-cita menjadi pemain profesional.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg