Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Aidil sahut cabaran pimpin Persikabo

Tampil sebagai jurulatih kedua S'pura - selepas Fandi Ahmad - untuk pimpin kelab Liga 1 Indonesia
Jan 10, 2023 | 05:30 AM



JURULATIH asal Singapura, Aidil Sahrin Sahak, telah dilantik sebagai ketua jurulatih Persikabo 1973, kelab asal Bogor dalam liga utama bola sepak Indonesia, Liga 1.



Aidil, 45 tahun, menjadi hanya jurulatih kelahiran Singapura yang kedua - selepas legenda bola sepak negara Fandi Ahmad (Pelita Jaya, 2006-2010) - untuk memimpin sebuah kelab profesional Indonesia.



Pelantikan Aidil itu diumumkan Persikabo kelmarin dalam posnya di media sosial.



"Selamat datang di Bogor Coach. Mari kita bersama-sama bekerja keras membawa Persikabo 1973 berprestasi.



"Persikabo 1973 rasmi mengontrak (ikat kontrak) @as7788official (Aidil) untuk melatih Persikabo di putaran kedua BRI Liga 1," tulis kelab itu di Facebook.



Aidil menggantikan bekas jurulatih Djadjang Nurdjaman, yang kontraknya telah ditamatkan Persikabo awal minggu lalu.



Pasukan bergelar Laskar Padjajaran itu kini menghuni tangga kesembilan Liga 1 selepas 17 perlawanan.



"Pertama sekali, syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak pengurusan dan pasukan kerana melantik saya.



"Saya sangat gembira dapat datang ke Indonesia dan Persikabo untuk melatih pasukan yang kita tahu ada para pemain yang sangat berdisiplin dan mempunyai keinginan tinggi," kata Aidil dalam satu pos yang dimuatnaik Persikabo pada Sabtu lalu.



Aidil telah mengendalikan latihan pertamanya pada Jumaat lalu.



"Dalam dua hari ini, kami dapat berjumpa dan mengadakan mesyuarat bersama pemain untuk memperkenalkan falsafah bola sepak saya dan apa yang diperlukan daripada para pemain.



"Saya harap penyokong akan terus menyokong pasukan dan insya-Allah, pemain akan beri yang terbaik untuk penyokong kami," tambah bekas pemain kelab Liga-S, Home United, itu.



Aidil meletak jawatan sebagai jurulatih kelab Liga Super Malaysia, Kedah Darul Aman, pada Oktober lalu, selepas menamatkan musim bersama pasukan Sang Kenari di tempat kelapan.



Pencapaian terbaik Aidil sepanjang empat tahunnya memimpin Kedah ialah apabila membantu kelab itu menjulang kejuaraan Piala FA 2019.



Di bawah bimbingannya, Kedah turut menjadi naib juara Piala Malaysia 2019 dan Liga Super 2020 dan 2021.



Perlawanan pertama Aidil selaku jurulatih Persikabo ialah pertarungan menentang ke Persebaya Surabaya pada Sabtu ini, sebelum membuat penampilan sulungnya di depan penyokong sendiri menentang Dewa United pada 18 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >