Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA SUPER MALAYSIA

Aidil Sharin bawa Kedah terbang tinggi lagi

Jurulatih asal S'pura bimbing Lang Merah jadi naib juara dua tahun berturut-turut
Sep 15, 2021 | 05:30 AM



JURULATIH kelahiran Singapura Aidil Sharin Sahak membuktikan kehebatannya di Liga Super Malaysia (MSL) sekali lagi, membimbing Kedah Darul Aman FC menjadi naib juara dua tahun berturut-turut.



Kejayaan itu membawa Lang Merah (gelaran Kedah) terbang ke pusingan kumpulan Piala AFC musim depan - penyertaan pertama mereka dalam pertandingan serantau itu dalam lebih 10 tahun.



Kedah, yang turut dibintangi pemain Singapura Anumanthan Kumar, mengakhiri musim ini dengan 43 mata daripada 22 perlawanan, di belakang juara liga Johor Darul Takzim (57 mata).



Pasukan itu menjaringkan jumlah gol kedua terbanyak, 44 gol.



Namun, kejayaan tidak datang bergolek bagi Aidil, yang sudah tiga musim bersama Kedah. Keadaan Covid-19 teruk di Malaysia menjejas persiapan pasukannya.



"Saya sangat bangga (dengan pasukan Kedah) sebab bukan mudah capai tempat kedua dengan pengurangan bajet RM4 juta ($1.3 juta) daripada musim lalu," kata Aidil, 44 tahun, kepada Berita Harian.



Bajet kelab MSL dikurangkan musim ini akibat kemerosotan ekonomi dek pandemik itu, dengan pemain terpaksa menerima potongan gaji yang besar atau ditawarkan kontrak kurang menarik.



"Beberapa pemain kami juga dijangkiti Covid-19 dan seluruh pasukan harus duduk dalam hotel selama 14 hari tanpa boleh melakukan aktiviti, dengan semua pasukan lain dapat bermain di padang, membina rentak baik," kongsi Aidil.



"Sangat mencabar sebab kami hanya ada enam hari untuk berlatih bagi perlawanan pertama kami setelah habis kuarantin," tambahnya.



Perlawanan liga yang tertangguh itu bermakna Kedah terpaksa beraksi di padang setiap tiga hari.



"Dalam sebulan, kami main sembilan perlawanan," ujar Aidil.



Bekas jurulatih kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Home United itu kini mempunya rekod hebat di Malaysia - menjulang Piala FA pada 2019 dan menjadi naib juara liga 2020 dan tahun ini dalam tempoh hanya tiga musim bersama Kedah.



"Dua pertandingan berbeza yang beri anda dua suasana dan kenangan luar biasa yang berbeza...Tapi, saya tetap rasa bangga dan terharu dapat capai kededua matlamat itu," kata Aidil, yang kini menyasar satu lagi kejohanan piala dan kemudian mahkota liga.



Kedah turut mendapat sentuhan seorang lagi warga Singapura, Anumanthan, di bahagian midfield.



Pemain berusia 27 tahun itu, dalam penampilan pertamanya bagi Lang Merah, meluahkan rasa gembira dapat memainkan peranan membantu kelabnya mencapai matlamat ke Piala AFC musim depan.



"Terus terang, ia bukan mudah. Saya sudah lama tidak pulang ke tanah air dan saya rindu keluarga saya. Tapi, saya datang ke sini dengan satu tujuan dan hanya fokus untuk mencapainya," kata bekas pemain kelab SPL Hougang United itu.



"Ia adalah musim panjang tetapi pada akhirnya, ia sangat berbaloi."



Anumanthan, yang telah membuat 21 penampilan bagi Singapura, mengikat kontrak setahun bersama Kedah.



Ditanya apakah destinasinya seterusnya, beliau berkata:



"Saya harus pertimbang pilihan saya sekali lagi pada akhir musim. Saya menarik minat daripada beberapa pasukan. Tapi, sebelum saya ikat diri saya (dengan mana-mana kelab), saya perlu ambil kira baik dan buruknya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >