Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA SUPER MALAYSIA

Aidil yakin mampu kembalikan kekuatan Kedah FA

Jul 21, 2019 | 05:30 AM



BELIAU boleh dianggap sebagai antara muka baru dalam Liga Super Malaysia (MSL) selepas dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah FA awal tahun ini.



Namun jurulatih asal Singapura, Aidil Sharin Sahak pantas mendapat perhatian penyokong kelab bola sepak Malaysia yang pernah menjuarai Piala Malaysia sebanyak lima kali itu.



Dalam musim sulungnya mengendalikan pasukan luar negara, Aidil berjaya menjadikan Kedah sebagai antara kelab MSL yang digeruni sekali lagi.



Kelab 'Lang Merah' (gelaran Kedah) mempunyai harapan menamatkan musim ini di tangga ketiga, jika mereka berjaya mengatasi saingan Felda United malam ini.



Kejayaan itu tentunya satu permulaan yang hebat buat Aidil di MSL, yang mengukir namanya sebagai antara jurulatih muda berbakat pada peringkat serantau ini ketika masih bersama Home United tahun lalu selepas mencipta sejarah manis sebagai kelab pertama Singapura melayakkan diri dalam kejohanan utama Piala AFC yang berprestij.



Lebih membanggakan, beliau kini berpeluang membimbing Kedah dalam menjulang Piala FA buat kali kelima pada 27 Julai nanti apabila mereka berdepan Perak. Kemenangan akan menyaksikan mereka menyamai rekod Selangor dalam pertandingan itu.



Kali terakhir Kedah dinobat juara Piala FA ialah pada 2017 di bawah teraju Nidzam Adzha.



Mengulas tentang pencapaiannya di seberang Tambak sejauh ini dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, jurulatih berusia 42 tahun itu berkata:



"Alhamdulillah, saya rasa saya telah dapat mencapai jangkaan yang ditetapkan buat saya bagi musim pertama saya, iaitu menjadi lima pasukan teratas dalam liga dan juga melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA.



"Namun secara jujurnya, ia merupakan satu musim yang amat sukar, dengan kelab MSL memberi saingan sengit, terutamanya bagi merebut empat tempat teratas.



"Ramai yang berkata terdapat perbezaan dalam saingan MSL tahun ini berbanding tahun lalu. Jika dilihat, hanya dua pasukan yang menguasai liga sebelum ini, namun musim ini kami mempunyai beberapa kelab yang telah memperkuatkan barisan pemain mereka seperti Pahang dan Melaka.



"Anda dapat melihat jarak mata yang rapat antara kelab daripada tangga kedua hingga tangga ketujuh. Setiap minggu, jika terdapat kelab yang kalah atau seri, kedudukan kami dalam liga akan berubah."



Pencapaian besar menanti Aidil minggu depan dengan perlawanan akhir Piala FA menentang Perak - yang pertama buat dirinya.



Sasaran menjulang trofi itu kian dapat dirasakan, dan beliau tidak mahu peluang itu disesiakan.



"Setiap jurulatih yang baru membangunkan pasukan baru sudah tentu mempunyai cita-cita mahu beraksi dalam final pertandingan. Jika anda melihat skuad saya, hanya tiga pemain yang dikekalkan daripada musim lalu... yang lain pemain baru.



"Sudah tentu kami tidak jangkakan semua ini... mungkin anda boleh mengatakan nasib menyebelahi kami, tetapi ia masih bukan satu laluan mudah kerana kami masih perlu menentang pasukan kuat seperti PKNS.



"Apa yang penting sekarang, kami tidak akan berhenti di sini. Kami sudahpun berada dalam final, jadi kami akan terus memberi cabaran besar kepada Perak. Kami merupakan pasukan 'underdog', dan kami akan memberikan yang terbaik hingga ke wisel penamat," tegas Aidil.



Tidak dapat dinafikan, sikap tegas sebagai jurulatih namun tetap prihatin tentang kebajikan pemainnya membawa kesan positif dalam pasukan itu.



Aidil akur ia antara resepi kejayaannya sejak menceburi bidang kejurulatihan selepas menamatkan kerjaya sebagai pemain.



Beliau turut bangga melihat semangat yang ditunjukkan pemainnya yang memudahkan lagi tugasnya.



"Saya dapat melihat pemain saya bekerja keras. Mereka menerima saya lebih seperti seorang bapa kepada mereka. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa terdapat keharmonian dalam pasukan ini berbanding musim lalu.



"Itulah yang saya cuba capai - bagi menjadikan Kedah sebuah pasukan lebih baik daripada sebelum ini," katanya.



Bagaimanapun, Aidil yang menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab MSL itu berkata beliau telah menetapkan sasaran lebih besar untuk mereka, selagi beliau masih bersama mereka.



Katanya:



"Bagi saya, membangunkan sebuah pasukan cemerlang menjadi keutamaan. Sudah tentu, keputusan perlawanan sangat penting tetapi kita juga perlu ada visi dan sasaran jangka panjang dan kita perlu mempunyai sebuah pasukan yang dapat bermain bersama selama dua hingga tiga tahun.



"Apabila saya mengambil alih sebagai ketua jurulatih Home, musim pertama kami menghadapi kesukaran. Tetapi musim kedua kami berjaya melayakkan diri ke AFC dan musim ketiga kami akhirnya menjadi juara.



"Saya percaya kita perlukan masa pembangunan itu dan dari situ kita dapat melihat adakah pasukan itu berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam masa tiga tahun."




PENCAPAIAN DI SEBERANG TAMBAK



"Alhamdulillah, saya rasa saya telah dapat mencapai jangkaan yang ditetapkan buat saya bagi musim pertama saya, iaitu menjadi lima pasukan teratas dalam liga dan juga melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA.



Namun secara jujurnya, ia merupakan satu musim yang amat sukar, dengan kelab MSL memberi saingan sengit, terutamanya bagi merebut empat tempat teratas.



SASARAN MENJULANG TROFI



"Setiap jurulatih yang baru membangunkan pasukan baru sudah tentu mempunyai cita-cita mahu beraksi dalam final pertandingan. Jika anda melihat skuad saya, hanya tiga pemain yang dikekalkan daripada musim lalu... yang lain pemain baru.



Sudah tentu kami tidak jangkakan semua ini... mungkin anda boleh mengatakan nasib menyebelahi kami, tetapi ia masih bukan satu laluan mudah kerana kami masih perlu menentang pasukan kuat seperti PKNS.



Apa yang penting sekarang, kami tidak akan berhenti di sini. Kami sudahpun berada dalam final, jadi kami akan terus memberi cabaran besar kepada Perak. Kami merupakan pasukan 'underdog', dan kami akan memberikan yang terbaik hingga ke wisel penamat."



BANGGA LIHAT SEMANGAT PEMAIN



"Saya dapat melihat pemain saya bekerja keras. Mereka menerima saya lebih seperti seorang bapa kepada mereka. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa terdapat keharmonian dalam pasukan ini berbanding musim lalu.



Itulah yang saya cuba capai - bagi menjadikan Kedah sebuah pasukan lebih baik daripada sebelum ini."



- Aidil Sharin Sahak, ketua jurulatih Kedah FA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >