Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN PARALIMPIK TOKYO

Aini mahu jadi inspirasi kepada semua

Atlet angkat berat yang berjaya angkat lebih 80kg mahu catat keputusan terbaik
Aug 25, 2021 | 05:30 AM



DALAM keghairahan membuat penampilan sulungnya di pentas Sukan Paralimpik, jantung srikandi angkat berat para Singapura Nur Aini Mohamad Yasli turut berdegup kencang.



Bahkan, sejak beberapa minggu menjelang Sukan Paralimpik Tokyo 2020 - yang mula berlangsung semalam hingga 5 September - beliau kerap "dihantui" mimpi buruk.



Ini termasuk bermimpi mengangkat berat di lapangan terbang.



Aini, 29 tahun, yang akan menjadi warga Singapura pertama bersaing dalam angkat berat di Sukan Paralimpik, memberitahu Berita Harian (BH):



"Pertama sekali, saya rasa sangat ghairah (untuk bertanding di Sukan Paralimpik), tapi saya juga rasa gementar."



Aini kini berada di Tokyo dan akan bersaing dalam kategori 45 kilogram angkat berat wanita esok.



"Gentar sehinggakan saya mula mengalami mimpi buruk mengenai pertandingan, seperti lewat untuk bertanding. Hanya minggu lalu, saya mimpi saya sedang berada di lapangan terbang dan saya secara rambang dipanggil untuk melakukan 'bench press', seloroh beliau.



Meskipun mimpi itu mengganggunya, Aini memandang perkara itu dengan positif.



"Ia mengingatkan saya bahawa saya harus kekal bersedia untuk apa sahaja yang akan berlaku dan saya harus sentiasa memberikan 100 peratus dalam persiapan saya," ujar pegawai eksekutif kanan di Politeknik Republic itu.



Berbanding atlet lain, persiapan Aini ke Sukan Paralimpik Tokyo amat singkat dan berliku.



Beliau disahkan terpilih mewakili Singapura dalam angkat berat di Tokyo 2020 pada awal bulan lalu dan hanya mempunyai sekitar dua bulan untuk bersiap sedia.



Ini selepas persembahannya di Piala Dunia Angkat Berat Dunia Fazza Dubai 2021 pada Jun lalu, yang berjaya menempah beliau tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo. Di kejohanan itu, Aini mencatat keputusan terbaik peribadinya mengangkat 81 kilogram untuk meraih pingat gangsa.



"Daripada (pertandingan) di Dubai pada Jun kepada Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada Ogos, ia adalah tempoh yang sangat singkat untuk seorang atlet angkat berat pulih daripada persembahan sebelumnya," kongsinya.



Aini, yang berlatih tiga kali seminggu, bekerjasama dengan jurulatihnya, Razak Mansoor, dan ahli diet daripada Institut Sukan Singapura (SSI) untuk merancang jadual latihan dan diet pemakanan yang sesuai bagi pemulihannya.



"Ini merupakan kali pertama saya punya dua pertandingan berturut-turut. Jadi, kami masih dalam proses 'trial and error'," kata beliau, yang dilahirkan berkaki pengkar dan menjalani pembedahan pada 2003 ketika berusia 10 tahun untuk memasukkan dua serpihan logam bagi meluruskan kakinya.



Sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) yang berkuat uasa pada bulan lalu juga menjejas rutin latihannya. Aini, yang berlatih di gimnasium awam ActiveSG di Toa Payoh, harus berpindah ke SSI.



Ini bermakna beliau perlu menyesuaikan diri pada sekitaran dan peralatan baru, yang " sedikit sebanyak menjejas mood semasa latihan", menurut beliau.



Akur ia mencabar, namun Aini terus gigih untuk merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya untuk bersaing di Sukan Paralimpik.



Menjadi atlet angkat berat Singapura pertama yang layak ke Sukan Paralimpik bukanlah kejayaan pertama Aini. Beliau juga merupakan atlet angkat berat wanita pertama negara yang bertanding di Sukan Para Asia pada 2018.



Kini, Aini sasar untuk mencipta lebih banyak detik kejayaan dengan harapan menjadi inspirasi kepada semua.



"Ketika saya mula bertanding di Sukan Para Asean pada 2017, saya beritahu diri saya bahawa 60 kilogram adalah jumlah yang paling berat saya akan angkat sebab pada waktu itu, ia kelihatan sangat berat.



"Tapi, kini, apabila saya angkat lebih 80 kilogram, saya sedar bahawa impian anda tidak kira besar atau kecil, satu hari nanti ia akhirnya akan tercapai. Cuma jangan hadkan diri anda," jelasnya.



Di Tokyo 2020, Aini ingin mencatat keputusan peribadi terbaik yang baru.



"Saya juga berharap dengan saya mewakili negara dalam angkat berat di Sukan Paralimpik, ia akan mendorong orang kurang upaya lain untuk mencuba sukan gunakan kekuatan," tambahnya.




“Ketika saya mula bertanding di Sukan Para Asean pada 2017, saya beritahu diri saya bahawa 60 kilogram adalah jumlah yang paling berat saya akan angkat sebab pada waktu itu, ia kelihatan sangat berat.

“Tapi, kini, apabila saya angkat lebih 80 kilogram, saya sedar bahawa impian anda tidak kira besar atau kecil, satu hari nanti ia akhirnya akan tercapai. Cuma jangan hadkan diri anda.’’

- Nur Aini Mohamad Yasli




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >