Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Akademi bola sepak di 10 sekolah menengah mulai Jan

Program bertujuan naik taraf bola sepak setempat dibantu La Liga Sepanyol, kelab Borussia Dortmund
Nov 20, 2021 | 05:30 AM



AKADEMI bola sepak akan ditubuhkan di 10 sekolah menengah pada Januari tahun depan, di bawah program perintis Akademi Bola Sepak Sekolah (SFA) yang bertujuan menaik taraf bola sepak Singapura.



Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Monfort, Sekolah Menengah Sengkang, Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Anglo-Chinese (Barker), Sekolah Menengah Queensway, Sekolah Menengah Serangoon Garden, Sekolah Menengah Meridian, Sekolah St Patrick, Sekolah Assumption English dan Sekolah Menengah Jurongville.



Di bawah program itu, akademi bola sepak tersebut bertujuan menjadi pembekal pemain muda yang cekap dari segi teknikal dan sebahagian ekosistem pemain muda di kelab-kelab bola sepak setempat dan akademi privet.



Ia juga adalah sebahagian projek 'Unleash The Roar', yang menetap sasaran bagi pasukan nasional melayakkan diri ke Piala Dunia 2034.



Untuk membantu usaha itu, Sport Singapore (SportSG) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan bekerjasama dengan La Liga Sepanyol dan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.



Secara khususnya, jurulatih La Liga akan membantu menerajui jawatan penting bersama jurulatih tempatan dalam 10 SFA itu.



Dortmund pula akan meminjamkan kepakaran mereka dan bersama-sama membangunkan program pembangunan jurulatih bersama kakitangan di bawah projek 'Unleash The Roar' itu.



Dalam satu kenyataan media semalam, Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, berkata program SFA adalah langkah penting bagi projek 'Unleash The Roar'.



"Inisiatif yang diumumkan hari ini bukan sahaja memberi bakat muda paling cemerlang kami akses yang lebih baik kepada latihan dan persaingan peringkat lebih tinggi setiap hari, malah membuka laluan bagi mereka mengembangkan permainan mereka di beberapa institusi bola sepak terkemuka di luar negara".



Program SFA akan merangkumi latihan di padang dan dilengkapi dengan sokongan sains sukan.



Para atlit pelajar akan mengikuti kurikulum bola sepak kebangsaan (NFC) yang dibangunkan FAS.



Ia akan meliputi latihan kemahiran fizikal, teknikal, mental dan taktikal yang serupa dengan sistem elit negara dan liga profesional luar negara.



Semua atlet pelajar belia dalam SFA, berusia antara 13 hingga 16 tahun, akan disokong untuk berjaya dalam akademik dan bola sepak.



Bermula dengan pelajar menengah satu pada 2022, program itu akan berkembang secara progresif untuk memasukkan kesemua peringkat menengah dalam setiap SFA menjelang 2025.



Dianggarkan lebih 1,400 pelajar lelaki dan perempuan akan mengikuti program itu.



Ini tiga kali ganda daripada 500 atlit pelajar yang kini mendapatkan latihan elit di peringkat Bawah-15 dan Bawah-17 tahun.



Komponen utama SFA adalah meningkat bilangan latihan atlet pelajar kepada empat kali seminggu.



Secara purata, belia di sini hanya berlatih dua kali seminggu dalam kebanyakan program bola sepak di sekolah menengah.



Belia juga akan bermain secara kompetitif sepanjang tahun, dengan kejohanan yang dirancang dalam kalangan SFA, Pusat Pembangunan Akademi Bolasepak ActiveSG, dan mungkin akademi bola sepak swasta mulai 2023 dan seterusnya.



Pengetua Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road), Encik Loo Ming Yaw, berkata:



"Sekolah kami teruja menjadi SFA dan kami berharap dapat memanfaatkan program ini untuk memaksimumkan potensi individu pelajar kami dalam sukan ini.



"Sebagai pendidik dan pembangun belia kami, kami teruja dengan potensinya, apatah lagi program ini mengambil pendekatan holistik terhadap pembangunan individu, menggabungkan kedua-dua usaha akademik dengan pembangunan bola sepak".



Timbalan Presiden FAS, Encik Bernard Tan, pula berkata program SFA direka sambil mengambil kira kededua pelajar dan ibu bapa.



"Kami mahu SFA memberi tumpuan kepada pembangunan sukan dan menyokong keperluan akademik pelajar supaya mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk cemerlang," katanya.



Beliau juga menambah, dengan lebih banyak kohort belia yang berlatih setiap tahun akan memberi lebih banyak pilihan bagi pemilih bola sepak negara dan meningkatkan lagi peluang mencungkil bakat yang boleh cemerlang di peringkat yang lebih tinggi.




"Inisiatif yang diumumkan hari ini bukan sahaja memberi bakat muda paling cemerlang kami akses yang lebih baik kepada latihan dan persaingan peringkat lebih tinggi setiap hari, malah membuka laluan bagi mereka mengembangkan permainan mereka di beberapa institusi bola sepak terkemuka di luar negara."
- Encik Eric Chua, Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >