Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akademi Bola Sepak Sekolah akan tawar program biasiswa bagi pemain

Jul 23, 2022 | 10:04 PM
f3c1fd35-45d9-4db0-9f75-b6d478804d03
-

AKADEMI Bola Sepak Sekolah (SFA) akan menganjurkan lebih banyak kejohanan dan menawarkan program biasiswa pelbagai rupa, termasuk latihan jangka pendek dan biasiswa bola sepak jangka panjang di luar negara menjelang tahun depan. Ini diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong pada Sabtu (23 Julai). "Sebahagian besar pemain muda terbaik kita harus diuji sebaik mungkin. Jadi, kami mahu bakat muda kita ke luar negara. "Ia sebahagian rancangan kami - mengadakan program biasiswa pelbagai rupa yang bukan akan menghantar pemain bola sepak terbaik kita ke program latihan jangka pendek di luar negara sahaja, malah akan menerokai biasiswa bola sepak jangka panjang. "Ini agar kita dapat meletak mereka dalam sekitaran yang mereka akan bermain serta makan, tidur dan fikir tentang bola sepak," kata beliau di pelancaran SFA di Sekolah Menengah Jurongville pada Sabtu. Laporan lanjut di Berita Minggu esok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg