Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

Akaun Bolt kena godam, AS$12.7j lesap

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



KINGSTON (Jamaica): Juara Olimpik Usain Bolt sedang berusaha mendapatkan semula lebih AS$12.7 juta ($16.8 juta) yang lesap daripada akaunnya dengan firma pelaburan Jamaica dan bersedia membawa kes itu ke mahkamah jika perlu, kata peguamnya.



Minggu lalu, bekas pelari pecut itu dimaklumkan bahawa baki akaunnya di Stocks and Securities Ltd (SSL) yang berpangkalan di Kingston telah susut kepada hanya AS$12,000, kata peguam Linton Gordon kepada Reuters Selasa lalu.



Akaun Bolt itu mengandungi simpanan sebagai pencen untuk pemenang pingat emas Olimpik lapan kali itu dan untuk ibu bapanya.



"Ini berita yang menyedihkan untuk sesiapa sahaja," kata Encik Gordon kelmarin.



"Dan pastinya dalam kes Encik Bolt, yang menubuhkan akaun ini sebagai sebahagian daripada pencen privetnya."



"Kami akan membawa perkara itu ke mahkamah" jika syarikat itu tidak memulangkan dana, tambahnya.



"Ia adalah satu kekecewaan yang besar, dan kami berharap perkara itu akan diselesaikan agar Encik Bolt boleh mendapatkan semula wangnya dan dapat hidup dengan aman."



SSL berkata dalam kenyataan pada 12 Januari lalu bahawa ia sedar tentang aktiviti penipuan oleh seorang bekas pekerja dan telah merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa, sambil menambah bahawa ia telah mengambil langkah untuk melindungi aset dan mengukuhkan protokol.



Pasukan polis Jamaica berkata Isnin lalu bahawa pasukan siasatan penipuan dan kewangannya sedang menyiasat "dakwaan aktiviti penipuan di (SSL) yang dikatakan telah menjejas akaun Encik Usain Bolt serta individu lain".



Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica pada hari Selasa berkata ia telah mengerah pengurus sementaranya sendiri di SSL, berikutan laporan dakwaan penipuan yang sebelum ini mendorong suruhanjaya itu meletakkan bank tersebut di bawah pengawasan yang dipertingkatkan.



Menteri Kewangan Nigel Clarke berkata Selasa lalu bahawa SSL didakwa telah melakukan "penipuan yang membimbangkan dan jahat" dan pihak berkuasa akan "membawa semua pelaku ke muka pengadilan".



Tetapi Encik Gordon berkata pengawal selia belum berkomunikasi dengannya atau pelanggannya.



Bolt bersara pada 2017 selepas menguasai acara lari pecut global selama sedekad, menghidupkan semula sukan yang dilanda skandal dadah.



Beliau dianggap sebagai lelaki terpantas di dunia, memegang rekod dunia dalam perlumbaan 100 meter dan 200 meter.



Isnin lalu, Bolt memetik lirik dalam akaun Twitternya yang, sebahagiannya, berbunyi: "Sejarah Kejahatan... Apakah Puncanya?



... WANG." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >