Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Akbar sahut cabaran pimpin kelab Thai

Jurulatih, Balestier capai persetujuan akhiri kontrak
Aug 20, 2022 | 05:30 AM



KURANG seminggu selepas Balestier Khalsa mencatatkan kemenangan besar mereka dalam Liga Perdana Singapura (SPL), kelab itu mengumumkan bahawa ketua jurulatihnya, Akbar Nawas, telah melepaskan jawatannya.



Menurut catatan Facebook kelab tersebut, Akbar akan menyertai pasukan Thailand, Udon Thani FC, di akhir tempoh notisnya.



"Kelab ini telah menerima perletakan jawatannya dan mencapai kata sepakat untuk berpisah.



"Beliau akan sertai kelab Udon Thani FC di Thailand di akhir tempoh notisnya," kata kenyataan itu.



Namun, Akbar, 46 tahun, akan tetap memimpin Balestier bagi dua perlawanan selanjutnya - menentang Geylang International dan Tampines Rovers - sebelum meninggalkan kelab tersebut.



"Semua orang di kelab ini ingin lahirkan ucapan terima kasih kepada Akbar di atas kerja keras, komitmen dan khidmatnya kepada kelab bola sepak ini.



"Kami ingin ucapkan selamat kepadanya dalam perjalanan selanjut kerjaya pengurusan beliau," tambah kenyataan itu.



Selain itu Balestier turut menekankan bahawa rancangan dan cita-cita kelab itu untuk terus maju tidak akan berubah dan akan diteruskan di bawah kepimpinan baru pasukan itu.



"Kami akan memantau untuk melantik ketua jurulatih baru secepat mungkin dan satu pengumuman akan dibuat tidak lama lagi," katanya.



Sementara itu Akbar memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa beliau rasa gembira dengan pengalamannya bersama Balestier sepanjang cabaran SPL musim ini.



"Terdapat detik sukar tapi saya telah katakan bahawa ini adalah satu proses... ia akan mengambil masa sebelum hasilnya dapat dilihat.



"Sedang saya ingin dapatkan hasil proses ini, tawaran Udon Thani datang tepat pada masanya dan saya telah berbincang dengan kelab (Balestier) bahawa ini satu peluang unik dan mencabar buat saya dan sesiapa sahaja tentu sekali masuk menyahutnya.



"Sebagai sebuah pasukan, kami telah menunjukkan sedikit kemajuan sepanjang perjalanan ini dan saya amat bangga dengan pembangunan sesetengah pemain yang sebelum ini kurang mendapat masa beraksi (di padang)... saya harap mereka teruskan rentak ini dalam tahun-tahun mendatang," katanya.



Balestier kini berada di tangga ketujuh daripada lapan pasukan yang bertanding dalam SPL.



Pada 12 Ogos lalu, Balestier menundukkan Hougang United 6-1, selepas tewas 0-4 kepada Lion City Sailors pada 6 Ogos lalu.



Sebanyak 28 gol telah dijaringkan pasukan itu, namun gawangnya dibolosi 50 gol sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >