Premium
Akhbar Sepanyol: Real berjaya dapatkan Mbappe
Jul 27, 2017 | 5:30 AM
PECAH REKOD: Real Madrid dilaporkan telah mencapai persetujuan bagi mendapatkan Kylian Mbappe daripada Monaco dengan bayaran yang mencecah rekod dunia baru sebanyak 180 juta euro ($285.6 juta). - Foto AFP -
PARIS: Gergasi La Liga, Real Madrid, dilaporkan telah mencapai persetujuan secara prinsip untuk mendapatkan bintang muda berbakat Kylian Mbappe daripada Monaco dengan bayaran yang mencecah rekod dunia baru sebanyak 180 juta euro ($285.6 juta).
Akhbar harian Sepanyol, Marca, yang memetik sumber yang rapat dalam perbincangan itu, berkata Mbappe - bakat bola sepak muda paling hangat di Eropah sekarang - dijangka menyertai Real "dalam beberapa hari lagi" dengan kontrak selama enam tahun.

