Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK LIGA-S

Akhirnya... Grabovac dapat permit kerja untuk jadi jurulatih Warriors FC

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS menunggu hampir dua bulan, Mirko Grabovac, akhirnya diberikan pas pekerjaan untuk memimpin pasukan Warriors FC sebelum musim baru Liga-S bermula 31 Mac ini.



Menurut akhbar The Straits Times, warga Croatia yang pernah mendapat kewarganegaraan Singapura untuk bermain dalam pasukan nasional itu menerima permit tersebut sekitar seminggu lalu.



Penjaring gol terbanyak Liga-S sebanyak lima kali itu, yang mewakili Warriors (sebelum ini dikenali sebagai SAFFC) dari 1999 hingga 2003 berkata, beliau berasa lega dengan berita tersebut.



"Perjalanan masih panjang lagi dan banyak perkara yang perlu kami perbaiki, tetapi para pemain memberikan kerjasama mereka dan kami akan bekerja keras," katanya ketika ditemui sewaktu latihan di Stadium Choa Chu Kang.



Jurulatih berusia 46 tahun itu tiba di Singapura pada 13 Januari lalu selepas menandatangani perjanjian dengan kelab itu selama setahun, namun terdapat ketidakpastian terhadap masa hadapannya selepas mengalami kekeliruan dalam proses memohon pas pekerjaan tersebut.



Menurut pemain midfield Warriors, Ismadi Mukhtar, ketidakpastian tersebut tidak menjejas persediaan pasukan itu.



Pemain berusia 34 tahun itu berkata; "Ketika pramusim, terutama pada awal persediaan, keutamaan adalah untuk membina kecergasan kami, justeru kami hanya memberi tumpuan kepada perkara itu.



"Namun sejak beliau mengambil alih, saya rasa beliau memberikan sesuatu yang berbeza. Beliau amat tegas dalam memberi arahan, tetapi ini baik untuk kita, terutama pemain yang lebih muda kerana dapat mempelajari sesuatu dari seorang yang begitu hebat sewaktu beliau masih bermain."



Pengurus besar kelab itu Paul Poh berkata kelabnya gembira kerana proses mendapatkan tenaga Grabovac sebagai jurulatih baru dapat diselesaikan tepat pada waktunya.



"Beliau memberikan kelainan dengan gaya dan cara beliau mengendalikan latihan. Anda dapat melihat pemain memberikan penghormatan kepadanya."



Grabovac menjaringkan sebanyak 244 gol dalam semua pertandingan untuk SAFFC dan kemudian Tampines Rovers yang disertainya dari 2004 hingga 2007.



Beliau memenangi empat piala liga dan tiga Piala Singapura, dan pada 2005 telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik selama Sedekad di Liga-S, yang bermula pada 1996.



Beliau mengambil keputusan untuk bersara pada 2008 pada usia 37 tahun untuk kembali ke Croatia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >