Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Akhirnya, Klopp dapat tarik nafas lega

Terdesak catat kemenangan, Liverpool atasi Wolves dalam Piala FA untuk mara ke pusingan selanjut
Jan 19, 2023 | 05:30 AM



WOLVERHAMPTON: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, berkata beliau sudah lama menantikan kemenangan pasukannya menerusi permainan yang baik, selepas pasukan pimpinannya itu menempah tempat ke pusingan keempat Piala FA England dengan mengatasi Wolverhampton Wanderers 1-0 di padang lawan.



Rembatan kencang Harvey Elliot pada minit ke-13 memberikan kemenangan pertama Liverpool sejak awal tahun ini - hanya tiga hari selepas pasukan pimpinan Klopp tewas mengejut di tangan Brighton dalam Liga Perdana England (EPL).



Wolves terus mengasak gawang pelawat lewat permainan, namun Liverpool bertahan untuk menempah tempat ke pusingan selanjutnya dan bertemu Brighton pada 29 Januari ini.



"Rasanya sudah agak lama kami tidak menang... dan bermain dengan baik.



"Kami terpaksa bertarung hebat di akhir perlawanan, namun kami mengawal permainan untuk tempoh yang lama. Reaksi yang diterima kami memang hebat," katanya.



Kemenangan Liverpool itu merupakan hanya yang ketiga sejak bola sepak domestik dimulakan selepas Piala Dunia 2022 di Qatar berakhir.



Kekalahan 2-3 di tangan Manchester City pada 22 Disember lalu disusuli pula dengan kemenangan ke atas Aston Villa dan Leicester City dalam EPL, sebelum pasukan itu tumpas di tangan Brentford dan Brighton serta seri dengan Wolves di Anfield.



"Beberapa pemain kami menunjukkan persembahan yang baik hari ini.



"Kami bermain dengan amat baik pada separuh masa pertama, separuh masa kedua dan di akhir perlawanan kami banyak menghalang percubaan demi percubaan mereka (Wolves)," kata Klopp.



Dalam perlawanan tersebut, permainan dihentikan seketika akibat kuasa elektrik terputus seketika dalam stadium.



Namun para peminat Liverpool tidak perlu menanti lama bagi pemain remaja Elliot untuk menjaringkan gol bagi menyemarakkan semula suasana di padang Molineux.



Pemain berusia 19 tahun itu - yang merupakan salah seorang daripada lapan gantian yang dibuat selepas kekalahan di tangan Brighton Sabtu lalu - mendapat umpanan daripada Thiago Alcantara, sebelum meluru ke kawasan lawan dan melepaskan ledakan dengan tendangan kaki kirinya yang mencecah gawang lawan.



Fabio Carvalho turut menemui sasaran bagi Liverpool sekitar 10 minit sebelum rehat tetapi jaringan bekas penyerang Fulham itu dibatalkan kerana berada dalam kedudukan offside sebelum Naby Keita membuat umpanan kepadanya.



Peluang terbaik Woles jatuh di kaki Adama Traore, yang lincah berlari ke kawasan Liverpool namun tendangannya gagal menemui sasaran dari satu sudut yang sukar



Meskipun Matheus Nunes dan Nelson Semedo masuk untuk Wolves semasa separuh masa kedua, namun mereka gagal memberi kesan kepada pasukan mereka.



Sebaliknya pemain gantian Liverpool, Curtis Jones, yang hampir menggandakan jaringan buat pasukannya di ambang wisel penamat.



Pengurus Wolves, Julen Lopetegui, berkata:



"Memang tidak mudah menentang Liverpool, tapi dalam pandangan saya kami sememangnya patut menjaringkan gol terutama dalam babak kedua permainan.



"Kami mempunyai dua hingga tiga peluang baik... peluang jelas untuk jaringkan gol.



"Memang kami kecewa (tetapi) tumpuan kami kini perlu dialihkan kepada EPL." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >