Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU MANCHESTER UNITED LWN TOTTENHAM HOTSPUR

Aksi dijangka sengit, keputusan sukar diramal

Oct 19, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United telah menikmati permulaan yang agak memberangsangkan musim ini, namun persembahan pasukan masih belum memberi penyokong setianya keyakinan bahawa satu lembaran baru bakal terbuka di Old Trafford.



Justeru, persembahan yang baik dan kemenangan ke atas Tottenham Hotspur malam ini (3.15 pagi waktu Singapura) bakal berupaya memberi suntikan keyakinan yang diperlukan kededua pemain dan penyokong United.



Pasukan Red Devils itu dijangka menyambut semula 'playmaker', Christian Eriksen, ke pangkuan pasukan setelah terlepas beraksi dalam perlawanan dengan Newcastle United yang berkesudahan seri.



"Agak jelas, United begitu merasakan ketiadaan Eriksen," kata bekas pemain United, Rio Ferdinand.



"Eriksen sudah menjadi bahagian penting jentera midfield United dan kehadiran beliau menentang Tottenham Hotspurs ini amat penting sekali," ujarnya.



Bersetuju, bekas pemain Spurs dan United, Dimitar Berbatov, pula berkata Eriksen merupakan antara pemain yang tidak boleh digugurkan pengurus United, Erik Ten Hag.



"Dalam pasukan itu, tidak ramai pemain yang dapat menjamin tempat mereka. Namun, Eriksen adalah salah seorang pemain tersebut," tegasnya.



Berbatov, yang menyarung jersi Spurs sebanyak 90 kali dan menjaringkan 46 gol, berkata beliau menjangkakan permainan yang hebat dengan Spurs kini mempunyai keyakinan baru di bawah pimpinan Antonio Conte.



Menurut penyerang yang turut bermain 82 kali untuk United dalam Liga Perdana England dan menjaringkan 48 gol, meskipun bermain di padang sendiri, beliau tidak merasakan ia memberi begitu banyak kelebihan kepada tuan rumah.



"Saya rasa Spurs di bawah kepimpinan Conte adalah Spurs yang berbeza daripada tahun-tahun sudah. Ada daya tahan dan keazaman baru dalam pasukan ini, yang memperkukuhkan lagi pasukan yang mempunyai beberapa pemain hebat," tegasnya.



Mengulas, Ten Hag berkata pasukannya harus mengatasi kekecewaan Ahad lalu di mana mereka gagal mendapat keputusan yang sewajarnya daripada pengadil, sekali gus memaksa mereka berpuas hati dengan keputusan seri 0-0.



"Kami telah bermain dengan baik, saya gembira dengan tahap persembahan walau saya kecewa dengan keputusan.



"Para pemain tahu mereka harus terus memperbaiki diri, terus gigih memperkenalkan prinsip-prinsip pasukan dalam permainan," ujarnya.



Teman seperjuangannya, Conte, pula berkata beliau amat menghormati United.



Namun, seperti United, anak buahnya juga perlu meneruskan perjalanan pembangunan mereka.



"Kami perlu terus bekerja keras. Ini kunci kejayaan kami di akhir musim nanti. Setiap perlawanan, setiap minit dan detik perlawanan, kita mesti terus bekerja keras. Tidak kira siapa lawan kami, kami menghormati mereka tapi kami perlu fokus kepada diri kami sendiri," ujarnya.



Dalam pada itu, Berbatov berkata beliau menjangkakan perlawanan yang sengit, dan keputusannya terlalu sukar untuk diramal.



"United sedang menunjukkan kemajuan yang baik, secara bertahap-tahap, begitu juga Spurs sebenarnya.



"Jadi masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, jadi bagi saya ia bergantung kepada keberanian pasukan dalam perlawanan nanti. Siapa yang lebih mahukan tiga mata, akan jadi pemenang," ujar Berbatov lagi. - Agensi Berita.




"Kami telah bermain dengan baik, saya gembira dengan tahap persembahan walau saya kecewa dengan keputusan.

Para pemain tahu mereka harus terus memperbaiki diri, terus gigih memperkenalkan prinsip-prinsip pasukan dalam permainan.''

- Pengurus Manchester United Ten Hag.




"Kami perlu terus bekerja keras. Ini kunci kejayaan kami di akhir musim nanti. Setiap perlawanan, setiap minit dan detik perlawanan, kita mesti terus bekerja keras. Tidak kira siapa lawan kami, kami menghormati mereka tapi kami perlu fokus kepada diri kami sendiri."
- Pengurus Spurs Antonio Conte.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >