Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Aksi emas boling, lawan pedang SG

May 18, 2022 | 05:30 AM



DUO boling Singapura akhirnya meraih pingat acara boling berpasangan lelaki Sukan SEA pertama sejak 2015.



Di Pusat Boling Vincom Megamall Royal City semalam, Muhd Jaris Goh dan Timothy Tham mendapat 2,592 jatuhan pin untuk menang perak, manakala rakan senegara, Cheah Ray Han dan Darren Ong, menang gangsa dengan 2,551 jatuhan pin.



Emas menjadi milik duo Indonesia, Ryan Leonard Lalisang dan Hardy Rachmadian, dengan 2,642 jatuhan pin.



Pada pertengahan perlawanan sengit enam pusingan itu, Cheah dan Ong berada di tempat ketiga manakala Goh dan Tham di tempat ketujuh. Namun, Goh dan Tham bangkit untuk memintas duo Indonesia itu dengan lima pin selepas empat pusingan.



Persembahan baik dalam pusingan kelima membantu Goh dan Tham melonjak ke podium manakala Cheah dan Ong jatuh ke tempat kelima sebelum pusingan terakhir.



Goh dan Tham membawa momentum mereka ke pusingan keenam dan mengakhiri perlawanan itu dengan pingat perak.



Turut hadir memberikan sokongan di acara itu semalam ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Pingat terakhir Singapura dalam acara itu datang daripada adik-beradik Keith Saw dan Howard Saw yang menang pingat emas di temasya 2015 di Singapura.



Dalam sukan lain semalam, pasukan lawan pedang Singapura sekali lagi tidak menghampakan apabila pasukan wanita berjaya mempertahankan pingat emas mereka di acara foil.



Pasukan terdiri daripada Denyse Chan, Cheung Kemei, Chloe Ng dan Maxine Wong itu menumpaskan Filipina di peringkat akhir 33-28. Ini bermakna lawan pedang telah menyumbang empat emas bagi Singapura.



Penembak muda Singapura Lionel Wong pula meraih perak dalam acara 10 meter rifel lelaki dengan 246.5 mata. Atlet berusia 17 tahun yang membuat penampilan pertama di temasya itu kalah kepada penembak Indonesia, Fathur Gustafian, yang mendapat 247.4 mata.



Ia pingat pertama Singapura dalam acara itu sejak gangsa yang diraih Mohamad Irwan Abdul Rahman pada 2017.



Jaguh billiard Singapura Peter Gilchrist pula gagal mempertahan kemenangan beliau di Sukan SEA apabila kalah 1-3 kepada Pauk Sa dari Myanmar semalam. Kekalahan itu amat mengecewakan Peter, yang menguasai acara billiard sejak 2009 di Laos.



Juara dunia berusia 58 tahun yang dilahirkan di England itu menewaskan Min Si Thu Thun dari Myanmar di suku akhir dan Yuttapop Pakpoj dari Thailand di separuh akhir.



Di peringkat akhir, Peter hanya menang pusingan kedua, sedang atlet Myanmar itu menguasai pusingan pertama dan ketiga.



Peter terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila lawannya itu menang pusingan keempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >