Topik diikuti
Pergi ke BHkuAksi hebat Buffon letak Juventus di ambang final
Premium
Aksi hebat Buffon letak Juventus di ambang final
May 5, 2017 | 5:30 AM
Aksi hebat Buffon letak Juventus di ambang final
RAI KEMENANGAN: Wira Juventus, penjaga gawang Gianluigi Buffon, mengiktiraf sokongan penyokong pasukan selepas kemenangan 2-0 ke atas Monaco dalam pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS -
MONACO: Gianluigi Buffon menyambut penampilan kali ke-100 beliau bagi Juventus dalam Liga Juara-Juara dengan terus menunjukkan kecemerlangan menyelamatkan gawang pasukannya semasa kemenangan 2-0 ke atas Monaco, dalam pertemuan pertama pusingan separuh akhir di sini, dinihari semalam.
Sebagai penghargaan ke atas khidmat cemerlang penjaga gawang veteran berusia 39 tahun itu - yang mengawal gawang Juventus sejak lebih 16 tahun lalu - kelab itu memuat turun video di Twitter sebelum pertemuan dengan Monaco bagi mengimbas aksi hebatnya dalam kejohanan elit Eropah itu sebelum ini.
