Aksi hebat Italy tundukkan Belgium, temu Sepanyol di separuh akhir, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

EURO 2020

Aksi hebat Italy tundukkan Belgium, temu Sepanyol di separuh akhir

Sepanyol perlukan sepakan penalti selepas masa tambahan untuk atasi Switzerland
Jul 04, 2021 | 05:30 AM

MUNICH: Italy melebarkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Belgium 2-1 untuk menempah aksi separuh akhir Euro 2020 menentang Sepanyol, dengan ledakan menarik Lorenzo Insigne menjadi gol kemenangan di Munich.

Nicolo Barella meletakkan Italy yang kini dalam rekod 32 perlawanan tanpa kalah di depan, sebelum Insigne meledak menerusi satu sepakan lencong menarik pada minit ke-44.

Romelu Lukaku berjaya merapatkan jurang sebelum rehat babak pertama, namun Belgium yang berada di kedudukan teratas dunia gagal mencari gol penyamaan.

Italy akan menentang Sepanyol di Wembley pada Rabu ini dalam perebutan tempat ke pentas akhir.

Pemain Belgium Kevin De Bruyne menegaskan, Belgium sudah 'memberikan segala-galanya' meskipun pasukan ranking teratas dunia itu tersingkir daripada kejohanan.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Belgium turun tanpa kapten mereka, Eden Hazard yang dihimpit kecederaan, namun De Bruyne mencipta dua peluang terbaik pada babak kedua dengan Lukaku dan Thorgan Hazard hampir meledak jaringan.

"Kami kecewa, namun kami harus realistik. Kami sedar ia sukar kerana banyak faktor yang menentang kami," kata De Bruyne kepada stesen penyiar RTBF.

Bintang Manchester City itu memberikan contoh kecederaan hamstring yang dialami Hazard, kecederaan mata Timothy Castagne pada perlawanan pembukaan dan fakta, Axel Witsel baru saja pulih daripada kecederaan sebelum kejohanan.

"Kami mempunyai terlalu banyak masalah untuk berada pada tahap 100 peratus. Secara peribadi, saya juga tidak berada pada tahap 100 peratus," kata De Bruyne yang mengatasi masalah pergelangan kaki untuk bermain.

"Saya berterima kasih kepada kakitangan perubatan yang melakukan kerja luar biasa sehingga saya dapat bermain walaupun ligamen terkoyak.

"Saya berjuang habis-habisan, kami semua berjuang hingga ke penghujung.

"Pada babak pertama, Italy beraksi lebih baik, tetapi kami berpeluang untuk menjadikan kedudukan 2-2. Sesetengah orang kecewa dan akan mengkritik kami, tetapi saya fikir peminat melihat kami memberikan segala-galanya."

De Bruyne berkata, skuad Red Devils akan 'cuba lagi' di Piala Dunia 2022, namun penjaga gawang mereka, Thibaut Courtois mengakui kekalahan di suku akhir itu 'sangat sukar'.

"Kami mempunyai dua peluang, tetapi penjaga gol mereka beraksi dengan baik dan saya rasa kami memberikan gol pertama dengan mudah," katanya selepas Barella mengatasi dua pertahanan untuk meledak gol pembukaan.

Sementara itu, jurulatih Sepanyol, Luis Enrique menegaskan beliau percaya sepenuhnya kepada penjaga gol, Unai Simon dan pemain yang mengambil sepakan penalti ketika mereka menewaskan Switzerland untuk mara ke separuh akhir Euro 2020.

Gol sendiri Denis Zakaria pada awal permainan meletakkan pasukan juara tiga kali itu di depan, namun Xherdan Shaqiri menjadikan 1-1 pada pertengahan babak kedua.

Selepas kad merah dilayangkan buat Remo Freuler, Sepanyol terlepas banyak peluang pada tambahan masa namun menang 3-1 pada penentuan penalti.

"Dalam aspek penalti, saya tenang kerana ia tidak bergantung kepada saya," kata Enrique.

"Selepas pemain membuat keputusan siapa yang akan mengambilnya, kami semua percaya sepenuhnya terhadap Unai dan pengambil sepakan. Apa yang anda perlukan ialah menunggu dan lihat.

"Saya beritahu mereka supaya meraikan saat itu selagi boleh. Kami tidak bermula baik (sepakan Sergio Busquets terkena palang), tetapi pemain berupaya menukar keadaan itu.

"Orang mengatakan ia satu perjudian, tetapi tidak semuanya. Ia adalah keupayaan untuk berdepan tekanan dan penjaga gol, tetapi apabila ia memihak kepada anda, ia rasa sangat bagus."

Enrique berkata, beliau sentiasa berasakan pasukannya akan menjadi pencabar utama tetapi mereka kini berada dalam kelompok empat terakhir dan perlu memikirkan mengenai gelaran keempat.

"Kini kami berada dalam kelompok empat terakhir yang amat menakjubkan, ia memberikan kami rasa bangga."- Agensi berita

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map