Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Pasukan pilihan Sailors berentap skuad 'bangkit semula' Hougang

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



SETELAH mengharungi dua perlawanan dalam lima hari, Lion City Sailors dan Hougang United berentap dalam perlawanan ketiga masing-masing esok. Sailors, yang menang besar 5-0 ke atas Tanjong Pagar kelmarin, kini di tangga kedua liga, di belakang Albirex Niigata, sementara Hougang, atau Cheetahs, ketinggalan satu mata di belakang Sailors.



Sailors turun padang sebagai pilihan untuk menang, selepas ia membeli beberapa pemain baru musim ini. Ia bukan sahaja membelanjakan sekitar $3 juta untuk mendapatkan pemain import bertaraf bintang Diego Lopes dari Rio Ave, Brazil, dan Faris Ramli untuk mempertajam serangan, malah memperkukuh pertahanannya benteng dengan mendapatkan pemain seperti Jorge Fellipe dan Amirul Adli.



Ini bermakna jurulatih Aurelio Vidmar ada sekurang-kurangnya dua pemain berkaliber bagi setiap posisi. Malah, dalam perlawanan menentang Tanjong Pagar, beliau memperaga bangku simpanan penuh dengan pemain nasional.



Cheetahs, yang juga menang besar 4-1 ke atas Geylang kelmarin, bangkit selepas tewas 1-3 kepada Albirex dalam perlawanan pembuka tirai.



Ia mengawal rentak permainan dan menunjukkan ia mempunyai pemain handal dalam bentuk tunggak pasukan Tomoyuki Doi dan Farhan Zulkifli.



Berbanding musim lalu, squad Hougang kali ini mempunyai lebih ramai pemain bermutu dan seimbang daripada pertahanan hingga serangan.



Hougang tahun ini juga berkebolehan bangkit daripada kekalahan berbanding musim lalu, apabila ia sukar meraih kembali rentak selepas tewas.



Kehadiran pemain mapan seperti Shahril Ishak dan Kaishu Yamazaki, kedua-duanya disegani lawan mahupun rakan sepasukan, memberi Hougang kecekalan dan kestabilan yang diidamkan.



Satu lagi perlawanan esok ialah antara Geylang dan Young Lions. Selepas dibelasah Hougang, Helang pasti ingin bangkit dan menewaskan Young Lions, yang kebanyakan pemainnya pemain nasional yang bakal mewakili Singapura di Sukan Sea hujung tahun ini. Young Lions pula tahu ia tidak harus terjerumus lagi selepas ditewaskan Albirex minggu lalu.



Ahad ini pula, Tampines Rovers berentap dengan Tanjong Pagar di Our Tampines Hub, sementara Albirex bertemu Balestier Khalsa di Stadium Jurong East. Tampines dijangka menang apabila berdepan pasukan corot itu, manakala Balestier, yang gawangnya dibolosi lima kali dalam dua perlawanan pertama, dijangka terlalu lemah untuk menghalang Albirex mendapat kemenangan ketiga berturut-turutnya.




AKSI HUJUNG MINGGU INI



Esok, 5.30 petang



- Lion City Sailors lwn Hougang United, Stadium Jalan Besar



- Geylang International lwn Young Lions, Our Tampines Hub



Ahad, 5.30 petang



- Tampines Rovers lwn Tanjong Pagar United, Our Tampines Hub



- Albirex Niigata lwn Balestier Khalsa, Stadium Jurong East



Siaran langsung semua perlawanan boleh disaksikan di YouTube dan Facebook Liga Perdana Singapura. Ia juga boleh ditonton di saluran sukan SingTel dan StarHub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >