Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA CARABAO

Aksi mantap Rashford bawa dua gol, United ke separuh akhir

Menang 3-0 ke atas Charlton
Jan 12, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Marcus Rashford menjaringkan dua gol pada saat-saat akhir perlawanan untuk menambah jumlah jaringannya musim ini kepada 15 gol, dan membawa Manchester United ke separuh akhir Piala Carabao selepas menewaskan kelab Liga Satu Charlton Athletic 3-0 di Old Trafford kelmarin.



Gol pembukaan hebat Antony pada separuh masa pertama memberi United kelebihan, tetapi pasukan pelawat kendalian Dean Holden meraih pujian kerana semangat juang mereka hingga Rashford, pemain gantian separuh kedua, menemui jaringan, bagi enam perlawanan berturut-turut, pada minit ke-90 dan ke-94.



Seramai 9,000 penyokong Charlton yang pergi ke Manchester - bilangan terbesar mereka bagi perlawanan piala pada pertengahan minggu - memuji pasukan mereka, setelah menyokong mereka sepanjang perlawanan, dengan harapan mendapat gol penyamaan apabila Scott Fraser melencongkan sepakan percumanya terus ke arah Tom Heaton.



Bagi United, ia bermakna lapan kemenangan berturut-turut dan penampilan ketiganya dalam separuh akhir pertandingan ini dalam enam musim, sejak mereka menang pada 2017 di bawah Jose Mourinho, iaitu trofi kejuaraan domestik terakhir mereka.



Dalam dua edisi lalu, mereka disingkirkan Manchester City, yang United akan hadapi di Old Trafford Sabtu ini.



Pengurus United Erik ten Hag berkata selepas perlawanan beliau "agak gembira" dengan persembahan setengah jam pertama tetapi "kurang berpuas hati kami kurang tajam di depan gol".



"Kami perlu mara ke separuh akhir dan kami berjaya melakukannya," kata warga Belanda itu. "Saya fikir kami dapat mematikan saingan awal dalam perlawanan tetapi pada akhirnya, matlamatnya ialah melayakkan diri ke pusingan seterusnya, jadi tahniah kepada pasukan kami."



Mengulas mengenai prestasi mantap Rashford, ten Hag berkata: "Saya beritahu anda banyak kali. Apabila dia meletakkan dirinya dalam kedudukan itu, satu lawan satu dalam kotak penalti, dia akan menjaringkan gol.



"Itu yang dilakukannya sekarang. Jika dia terus fokus dan terus melakukan seperti itu, dia akan mendapat lebih banyak gol lagi."



Lapan kemenangan berturut-turut kali pertama sejak Ole Gunnar Solskjaer membuat permulaan cemerlang dalam tempoh pelantikannya pada pertengahan musim 2018-19 adalah cara baik untuk pasukan ten Hag menghampiri perlawanan 'derby' Manchester terbaru ini.



Kemenangan kelmarin dicapai dengan pasukan itu tanpa sekurang-kurangnya tujuh pemain yang dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama United menentang City, dengan jangkaan tinggi United mahu mengelak dimalukan sebagaimana ketika 'derby' lalu di Stadium Etihad Oktober lalu, apabila ia ketinggalan 0-4 pada separuh pertama.



Bagaimanapun, Charlton dapat berbangga dengan persembahan berani mereka di Old Trafford. Selepas perlawanan, Holden berkata: "(Saya) bangga dengan persembahan, cara kami menunjukkan diri kami sebagai sebuah kelab di dalam dan luar padang.



"Kami bernasib baik tidak membolos gol dalam 20 minit pertama dan kemudian mencari rentak dalam permainan. Kami begitu hampir mencari hantaran terakhir beberapa kali semasa serangan balas, tetapi hanya tidak dapat menemuinya.



"Kami tampil beraksi pada separuh masa kedua dan mempunyai peluang jaringan besar dengan Fraser dan saya menoleh ke kiri saya untuk melihat Erik membawa masuk tiga pemain mereka, Casemiro, Eriksen dan Rashford. Saya fikir keputusan itu kejam." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >