Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aksi unggul dijangka dalam dua tandingan antarabangsa di SG

Apr 19, 2022 | 5:30 AM
-

DUA pertandingan floorball antarabangsa akan diadakan di Singapura lewat bulan depan, sebagai sebahagian usaha mendekatkan peminat di sini dengan aksi terunggul sukan itu.

Ia juga diadakan sempena Siri Floorball Singapura, yang dianjurkan buat julung-julung kali.

Piala Gabungan Floorball Asia-Oceania Wanita (AOFC) akan berlangsung pada 23-28 Mei, melibatkan enam pasukan, termasuk juara bertahan Singapura yang akan menentang Filipina, Malaysia, Thailand, Indonesia dan pasukan nasional bawah 19 tahun.

Ini kali kedua kejohanan itu dianjurkan, dengan edisi pertama juga diadakan di Singapura dan pasukan wanita nasional menundukkan Thailand 4-1 untuk menjadi juara.

Menyusuli itu, Kelayakan Kejohanan Floorball Sedunia-AOFC lelaki akan berlangsung pada 31 Mei-4 Jun. Lapan pasukan, termasuk Singapura, akan bertarung untuk melayakkan diri ke Kejohanan Floorball Sedunia (Lelaki) di Switzerland tahun ini.

Turut bertanding ialah Thailand, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Jepun, Malaysia dan Australia.

Presiden Persatuan Floorball Singapura Kenneth Ho berkata kededua pertandingan itu dijangka menampilkan sebahagian atlet floorball terbaik di rantau ini.

"Mengadakan pertandingan ini memberi rangsangan kepada floorball Singapura. Selain memberi pengalaman pertandingan tidak ternilai kepada pemain yang ada, kami berharap acara ini boleh menambah minat dalam kalangan orang kurang tahu tentang sukan ini.

"Menyaksikan atlet elit beraksi juga diharap dapat memberi inspirasi kepada bakal pemain floorball di sini," kata Ho.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg