Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

AKTIVIS SUKAN DALAM TUMPUAN

Srikandi tinju tukar gelanggang teruskan impian

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS lima tahun bergelar petinju profesional, srikandi tinju Efasha 'The Face' Kamarudin telah membuat keputusan untuk kembali bertanding di peringkat amatur pula.



Ini bermakna beliau boleh dipilih untuk bertanding bagi skuad negara dalam temasya sukan akan datang.



Namun, keputusan mengejutkan itu bukanlah sesuatu yang mudah bagi Efasha, 31 tahun, yang pernah mempunyai impian untuk berjaya sebagai petinju profesional.



Malah, perancangan sudah pun dilakukan



ketika Efasha bergiat di bawah naungan syarikat promosi tinju di Indonesia, Mahkota Promotions pada 2019.



"Kami sudah mempunyai matlamat bersama (untuk pergi jauh di bidang tinju profesional) dan merancang garis masa sekitar lima tahun bagi laluan yang perlu saya lalui.



"Semuanya berjalan dengan lancar dan saya juga sudah mendapat rentak yang baik di gelanggang. Namun, pandemik Covid-19 berlaku dan semuanya hilang dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di Kelab Tinju Spartans di Balestier Road baru-baru ini.



Ia amat menyayat hati buat Efasha kerana rekodnya sebagai petinju profesional amat baik dengan beliau belum pernah kalah.



Srikandi ini memiliki prestasi cemerlang di gelanggang dengan meraih empat kemenangan - tiga dimenangi menerusi TKO (technical knock-out) - dan satu seri dalam lima pertarungan.



Namun, dengan langkah sekatan semasa pandemik Covid-19, Efasha tidak mampu menambah rekod baiknya itu kerana tiada pertarungan diadakan.



Meskipun begitu, Efasha enggan menyerah kalah dan terus berlatih bersama jurulatihnya, Russell Harrison, di dalam rumah dan kemudahan kondo mereka sambil menunggu tawaran untuk bertanding.



Kegembiraanya terasa apabila beliau diundang untuk bersaing dalam satu tali pinggang pertarungan



kategori 'flyweight' di Amerika Syarikat pada awal 2021.



Tetapi, perasaan itu hanyalah sementara sahaja kerana Efasha tidak yakin pertandingan itu akan dilanjutkan.



"Saya seperti terasa bahawa pertarungan itu tidak akan berlaku. Ini kerana promosi tinju yang menawarkan peluang itu adalah sebuah syarikat yang tidak boleh percayai.



"Saya boleh lihat terdapat beberapa masalah. Oleh itu, saya tidak mahu membuang masa dan tenaga saya untuk berlatih kepada sesuatu yang tidak akan terjadi.



"Malah, ia juga dekat dengan hari perkahwinan saya dan saya perlu menjaga diet. Dengan perasaan tidak tentu itu, saya memberitahu suami saya Harrison ketidakyakinan saya itu dan akan menikmati kek perkahwinan kami (seolah-olah menyerah kalah)," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama jurulatihnya pada April 2021.



Jangkaan Efasha terbukti betul apabila pertarungan itu dibatalkan oleh syarikat promosi berkenaan.



Dalam pada itu, beliau masih ditawarkan untuk bertarung di rantau ini seperti di Australia dan di Singapura tetapi disifatkannya sebagai sesuatu yang berlaku sebelum masanya kerana perlu mengeluarkan wang sendiri ataupun bertanding dalam kelas berat yang berlainan.



Dengan kegagalan yang dihadapinya semasa tempoh pandemik Covid-19 itu, Efasha mengaku bahawa pengalaman itu "menjejas keyakinan dan harga diri" beliau untuk bertinju.



Ianya berubah apabila Efasha diundang oleh Persekutuan Tinju Singapura (SBF) menjadi seorang pemangku jurulatih bagi skuad latihan negara bertanding di satu pertandingan di Thailand April lalu.



Ketika itu, beliau mendapat tahu bahawa tiada petinju yang bertanding dalam kelas berat 50kg dan Efasha menawarkan diri untuk bertanding dalam kelas itu.



"Saya menawarkan diri untuk bertarung kerana saya sudah berlatih sejak Covid-19 bermula, meskipun saya berehat buat seketika.



"Tetapi, apabila saya beraksi di sana, saya terlupa bagaimana untuk bertanding di peringkat amatur. Ini kerana gaya tinju saya lebih biasa di peringkat profesional dan tidak sesuai untuk bertanding dalam masa singkat tiga minit," kata beliau.



Pertarungan tinju amatur ada tiga pusingan dengan setiap pusingan selama dua minit, manakala di tahap profesional, setiap pusingan selama tiga minit dan boleh mempunyai empat hingga 12 pusingan.



Efasha diarah berhenti pada pusingan kedua dan tewas dalam perlawanannya itu yang membuat keyakinannya "hancur" selepas pertandingan itu.



Sejak itu, perasaan Efasha ibarat menaiki 'roller-coaster', penuh dengan emosi pasang surut dan jerih payah.



Beliau juga cuba mengelak daripada berlatih dan 'melarikan diri' dengan menghabiskan masa bermain permainan video di rumah.



Ia turut membimbangkan suaminya itu kerana beliau tahu bahawa Efasha adalah seorang yang atlet yang bersemangat.



Mujur, Efasha menyedari bahawa beliau perlu melakukan sesuatu dan mengambil keputusan untuk menyasarkan matlamat jangka pendek dalam bidang tinju supaya beliau dapat membina hidup baru di luar kerjaya tinju beliau ini.



"Saya berkata kepada suami saya bahawa jika saya teruskan di peringkat profesional, ia akan mengambil lebih masa untuk merangkul tali pinggang kejuaraan



dan itu juga tidak tentu.



"Oleh itu, saya rasa lebih baik saya bertinju di peringkat amatur sahaja. Apatah lagi, SBF telah membuat perubahan dan Muhamad Ridhwan telah menjadi jurulatih bagi pasukan tinju nasional.



"Saya tahu bagaimana 'Wan' melakukan latihannya kerana saya pernah dilatih dan yakin akan kebolehannya itu," kata Efasha yang berlatih bersama jurulatih baru itu dan rakan tinju senegara tiga kali seminggu.



Srikandi tinju itu menggariskan masa empat tahun untuk beliau meraih kejayaan di apa jua temasya sebelum 'mengangkat kaki' dan keluar daripada bidang tinju ini.



Efasha bakal beraksi di Pesta Sukan, satu pertandingan sukan anjuran Active SG, bulan depan untuk menunjukkan kebolehannya semula di peringkat amatur.



Beliau berharap perancangannya kini berhasil kerana Efasha ingin "cuba sesuatu yang baru" selepas tempoh empat tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >