Premium
Albirex ditabal 'raja' liga setempat buat musim kedua
Nov 13, 2017 | 5:30 AM

RAIKAN KEJAYAAN: Para pemain Albirex meraikan kejayaan menjamin kejuaraan liga musim ini menyusuli kemenangan 5-1 ke atas Warriors FC minggu lalu. - Foto BH oleh PHYLLICIA WANG -
BUAT musim kedua berturut-turut, pasukan muda Albirex Niigata ditabal gelaran 'raja' bola sepak setempat apabila menjulang trofi kejuaraan Liga-S Great Eastern-Hyundai tahun ini menyusuli kemenangan besar 5-1 ke atas Warriors FC minggu lalu.
Kejayaan ini adalah trofi ketiga pasukan dari Jepun itu musim ini selepas memenangi Perisai Masyarakat dan Piala Liga awal tahun ini.

