Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Albirex Niigata timbang tukar nama

Kelab itu umum rancangan jadi
pasukan setempat bagi musim baru
Jan 11, 2024 | 02:57 PM



Juara Liga Perdana Singapura (SPL) enam kali, Albirex Niigata, tidak membuang masa dalam membangunkan satu skuad baru sempena musim terkini, apabila mereka bersaing sebagai pasukan setempat dan mungkin juga di bawah satu nama baru.

Pengerusi kelab itu, Daisuke Korenaga berkata kelab yang berpangkalan di Jurong itu sedang menimbangkan perubahan nama sempena musim ke-21 mereka di sini, sejak menyertai liga setempat pada 2004 sebagai sebuah pasukan asing.

“Kami sedang pertimbangkan untuk mengubah nama, tapi saya tidak pasti, mungkin tahun ini (2024) atau tahun depan (2025), mungkin nama dengan perkataan Jurong (di dalamnya),” kata beliau kepada The Straits Times di pejabat Stadium Jurong East pada 10 Januari.


Albirex, yang merupakan pasukan dengan kelab utamanya dalam Liga Jepun, telah mengumumkan pada September, rancangan untuk mengubah menjadi pasukan setempat bagi musim terkini dan telah mula mendapatkan pemain baru.

Malah mereka telah mendapatkan lima pemain asing dan 11 pemain setempat sementara lebih ramai pemain bakal diumumkan.

Korenaga berkata mereka bertindak pantas memandangkan mereka perlu masa bagi pemain baru menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak dan budaya pasukan itu.

Beliau menambah para pemain akan melaporkan diri bagi latihan pramusim pada 23 Januari sebelum latihan pasukan bermula pada Februari.

Sedang butiran mengenai musim baru belum diumumkan, presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Bernard Tan, berkata SPL akan bermula pada pertengahan 2024, dengan satu prapertandingan dimainkan sebelum itu.

ST difahamkan bahawa kuota pemain asing akan ditambah daripada maksimum empat pada masa kini (termasuk seorang pemain daripada persatuan anggota Konfederasi Bola Sepak Asia atau AFC) kepada enam (termasuk seorang pemain bawah usia 21 tahun dan seorang daripada anggota AFC) bagi setiap perlawanan.

Albirex telah memenuhi kuota mereka dengan enam pemain Jepun, termasuk dua pemain midfield veteran yang terdiri daripada bekas pemain antarabangsa Yojiro Takahagi, 37 tahun; dan Yohei Otake, 34 tahun, yang sebelum ini bersama pasukan FC Tokyo dan Shonan Bellmare dalam Liga Jepun 1.

Pemain pertahanan mereka, Stevia Egbus Mikuni, 25 tahun, juga mempunyai pengalaman bermain dalam Liga Jepun 2 dan 3.

Sementara itu Albirex juga telah memperbaharui kontrak pemain pertahanan Koki Kawachi, 23 tahun, dan mendapatkan semula Shuhei Hoshino, 28 tahun daripada Balestier Khalsa.

Pemain midfield, Arya Igami Tarhani, 20 tahun menyertai pasukan bawah-21 tahun kelab itu.


Tiga pemain nasional Singapura yang diperolehi Albirex termasuk penyerang Amy Recha, 31 tahun, dan pemain sayap Daniel Goh, 24 tahun, serta penjaga gawang, Hassan Sunny, 39 tahun.

Goh pernah bermain bersama Albirex pada 2020 sebelum berpindah ke Young Lions dan Balestier, dan menyasarkan untuk bermain dalam kesebelasan utama kelab asal Jepun itu, selain pasukan nasional.

“Sebelum saya bersama Albirex, hanya dua pemain setempat yang boleh memulakan perlawanan.

“Asasnya tetap bola sepak Jepun dan sebab itulah yang menarik saya ke kelab ini.

“Saya pernah bermain dua perlawanan bersama mereka, jadi tidak banyak yang dapat saya pelajari.

“Saya ingin belajar budaya Jepun dan memperbaiki diri saya,” kata Goh.

Meskipun Korenaga akur sukar untuk pasukan itu kekalkan kejuaraan SPL, jurulatih pasukan itu, Kazuaki Yoshinaga menyasarkan untuk berbuat demikian, sambil menambah bahawa kelab itu akan dapat menyatukan skuad yang hebat bagi menangani cabaran mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >