Topik diikuti
Pergi ke BHkuAlexander-Arnold pilihan mengejut Southgate
May 18, 2018 | 5:30 AM
Alexander-Arnold pilihan mengejut Southgate
LONDON: Pemain remaja Liverpool, Trent Alexander-Arnold, mengetahui pemilihannya dalam skuad England ke Piala Dunia daripada pengurus kelab, Juergen Klopp, yang mengkhabarkan berita gembira itu sebelum skuad Liverpool menaiki pesawat bagi latihan di Sepanyol kelmarin - persiapan menghadapi Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara minggu depan.
Alexander-Arnold, yang belum pernah dipanggil skuad senior The Three Lions sebelum ini, merupakan pemilihan mengejut pengurus pasukan Gareth Southgate menjelang kejohanan anjuran Russia bulan depan.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti