Topik diikuti
Pergi ke BHkuAlexander Shah kini tumpu tampilkan petinju di Russia

GHAIRAH ORAK LANGKAH LEBIH JAUH: Alexander Shah (kiri) berharap petinju di bawah syarikat pengurusannya, Malcolm Klassen (kanan) dapat memenangi pertarungannya pada 10 Februari bagi membuka laluan bagi satu pertarungan berprofil tinggi dapat dianjurkan. - Foto ihsan ALEXANDER SHAH
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 15, 2018 | 5:30 AM
JIKA beliau gigih menganjurkan pelbagai kejohanan di Singapura sejak dua, tiga tahun lalu, fokus dan tumpuan promoter tinju kelahiran Singapura, Alexander Shah, sejak beberapa bulan lalu ialah di Russia.
Malah, salah seorang petinju di bawah syarikat pengurusannya Alexander King Management, Malcolm Klassen, akan tampil di gelanggang Arena DIVS, Yekaterinburg, Russia, pada 10 Februari ini.
