Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Allardyce ganti Bilic di West Brom

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



LONDON: West Bromwich Albion mengumumkan pelantikan Sam Allardyce sebagai jurulatih baru pasukan itu kelmarin selepas pemecatan Slaven Bilic baru-baru ini.



Ini merupakan kelab Liga Perdana England (EPL) kelapan yang akan dikendalikan bekas pengurus England berusia 66 tahun itu.



Allardyce, memulakan kerjayanya sebagai jurulatih bersama West Brom pada 1989, mengikat kontrak selama 18 bulan.



Beliau sebelum ini berpengalaman mengendalikan Bolton Wanderers, Newcastle United, Blackburn Rovers, West Ham United, Sunderland, Crystal Palace dan Everton.



Beliau juga sudah mengendalikan 512 perlawanan dalam pertandingan dan merangkul Pengurus Terbaik Barclays sebanyak enam kali.



Pengarah Sukan dan Teknikal Albion Luke Dowling dalam laman web rasmi kelab itu:



"Sam sudah membuktikan kemampuannya dalam liga dengan trek rekod yang baik bagi setiap kelab yang dikendalikannya.



"Kami percaya dan paling penting Sam percaya kami mempunyai pemain yang berkualiti yang diperlukan untuk bertahan di Liga Perdana''.



Perlawanan pertama Allardyce adalah di tempat sendiri menentang Aston Villa Ahad ini.



Bilic menjadi pengurus EPL pertama yang hilang pekerjaan musim ini. Pengurus dari Croatia berusia 52 tahun itu dipecat apabila pasukannya berada di kedudukan ke-19 selepas terikat 1-1 dengan Manchester City.



West Bromwich hanya mengumpul tujuh mata selepas 13 perlawanan dengan meraih satu kemenangan, empat seri dan lapan kekalahan.



Hubungan Bilic dengan anggota pengarah kelab itu juga dikatakan bertambah buruk sejak beberapa bulan yang lalu setelah beliau tidak mendapat sokongan kewangan yang diperlukan bagi mendapatkan pemain baru.



Dalam satu kenyataanya, kelab EPL itu berkata:



"Albion ingin mengucapkan terima kasih kepada Slaven dan pasukan jurulatihnya atas sumbangan mereka dalam membantu kelab ini mendapatkan promosi (ke EPL) musim lalu dan mengharapkan yang terbaik untuk mereka pada masa hadapan." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >