Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Allardyce tinggalkan West Bromwich

May 21, 2021 | 5:30 AM
Foto REUTERS
Foto REUTERS -

LONDON: Sam Allardyce akan meninggalkan jawatannya sebagai pengurus West Bromwich Albion di akhir musim Liga Perdana England ini.

West Brom tersingkir ke divisyen Championship selepas tewas kepada Arsenal di awal bulan ini, kali pertama kelab yang dipimpin Allardyce tersingkir sedemikian.

Allardyce, yang sebelum ini pernah menguruskan Bolton, Newcastle, West Ham, Sunderland dan England mengambil alih kepimpinan di West Brom selepas Slaven Bilic dipecat pada Disember lalu.

Kontrak Allardyce ditetapkan sebagai bagi tempoh 18 bulan.

Namun, Allardyce kini berkata beliau tidak dapat memberikan komitmen masa panjang kepada West Brom.

"West Brom memberikan saya tawaran yang lumayan untuk kekal di The Hawthors, tawaran yang menunjukkan komitmen sebuah kelab yang berwawasan. Namun, selepas saya mempertimbangkan secara mendalam tawaran itu, saya telah memutuskan untuk tidak menerimanya," kata Allardyce.

"Jika saya kekal di kelab ini dan membantunya naik ke EPL musim depan, ada jangkaan saya harus meneruskan kerjaya dengan kelab bagi satu musim lalu. Namun di saat ini bagi kerjaya saya, saya tidak lagi boleh memenuhi komitmen sedemikian." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg