Alonso sedia kembali ke litar F1 selepas lebih dua tahun 'menghilang'
Premium
Alonso sedia kembali ke litar F1 selepas lebih dua tahun 'menghilang'
May 31, 2020 | 5:30 AM
FERNANDO ALONSO: Juara Dunia dua kali ini meninggalkan F1 pada akhir 2018 untuk menyertai perlumbaan Indianapolis 500.- Foto fail -
LONDON: Fernando Alonso kini "bersedia" untuk kembali bersaing dalam aksi perlumbaan Formula Satu (F1) tahun depan, menurut penasihat utamanya, Flavio Briatore.
Laporan BBC Sport menyatakan bahawa juara dunia sebanyak dua kali yang kini berusia 38 tahun, telah mengadakan perbincangan dengan pasukan Renault tentang kemunculan semula beliau dalam F1.

