Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alves, Martinelli sertai skuad Brazil

Nov 9, 2022 | 5:30 AM
DIPILIH SKUAD BRAZIL: Daniel Alves (atas) dan Gabriel Martinelli adalah antara dua pemain yang dipilih menyertai skuad Brazil bagi Piala Dunia di Qatar. - Foto-foto AFP, EPA-EFE
DIPILIH SKUAD BRAZIL: Daniel Alves (atas) dan Gabriel Martinelli adalah antara dua pemain yang dipilih menyertai skuad Brazil bagi Piala Dunia di Qatar. - Foto-foto AFP, EPA-EFE -

BRASILIA: Brazil telah menyertakan pemain pertahanan berusia 39 tahun, Daniel Alves, tetapi mengenepikan penyerang Liverpool Roberto Firmino dalam skuad 26 pemain Piala Dunia 26 negara itu, demikian diumumkan jurulatih Tite.

Empat tahun selepas diketepikan daripada Piala Dunia 2018 di Russia akibat kecederaan ligamen lutut, Alves menjadi emosi ketika meraikan kejohanan dunia ketiganya bersama juara dunia lima kali Brazil.

"Hari ini adalah hari kemenangan dan saya amat berbangga kerana empat tahun lalu air mata saya berpunca daripada kesedihan, dan hari ini adalah kerana kegembiraan," kata Alves dalam satu video yang disiarkan dalam media sosialnya.

"Saya tidak boleh gembirakan semua orang, tetapi apa yang boleh saya lakukan ialah tidak mengecewakan mereka yang mempercayai dedikasi dan cinta saya kepada sukan ini dan memakai jersi negara saya."

Selepas meninggalkan Barcelona pada hujung musim lalu, Alves menyertai pasukan Mexico, Pumas UNAM.

Namun, perlawanan terakhirnya bersama Pumas adalah pada September lalu apabila dia mengalami kecederaan lutut yang mengganggu pemain itu.

Dia telah menjalani pemulihan bersama kakitangan perubatan dan teknikal akademi Barcelona sejak beberapa minggu lalu.

"Kami telah mengikuti pemulihannya dengan teliti dan semua data yang kami ada daripada doktor Barcelona menunjukkan bahawa dia cergas untuk bermain," kata doktor pasukan Brazil, Fabio Mahseredjian, dalam satu sidang akhbar di Rio de Janeiro.

Tite berkata Alves masih mempunyai kemahiran dan sikap yang dapat membantu pasukan negara itu, dan bukan sahaja terhad kepada pengalamannya selama bertahun-tahun.

"Dia dapat menambah aspek teknikal dan taktikal yang mengagumkan, untuk menjadi perancang dan penggerak," kata Tite.

Selain itu, Gabriel Martinelli dari Arsenal adalah salah seorang daripada sembilan penyerang dalam senarai pemain yang dipenuhi oleh 12 pemain daripada Liga Perdana England (EPL).

Brazil membuka kempen Piala Dunia mereka di Qatar menentang Serbia pada 24 November dan akan turut berdepan Switzerland dan Cameroon dalam Kumpulan G. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg