Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ambil ganja: Perenang ketiga Teong Tzen Wei terlibat; Joseph Schooling, Amanda Lim diberi amaran SportSG

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



PERENANG negara Amanda Lim dan Joseph Schooling telah diberikan surat amaran oleh Sport Singapore (SportSG) berikutan pengakuan mereka mengambil ganja.



Agensi sukan negara juga mendedahkan bahawa perenang negara ketiga, Teong Tzen Wei, juga diberi amaran "kerana melanggar perjanjian atlet mereka".



Ketiga-tiga mereka telah disiasat oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) atas kesalahan berkaitan dadah tetapi semua ujian air kencing mereka untuk dadah terkawal didapati negatif.



Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka mengaku mengambil dadah terkawal semasa mereka mewakili Singapura di luar negara.



SportSG berkata ia bertemu setiap atlet sebagai sebahagian daripada semakan dalaman, yang berakhir minggu lalu.



"SportSG mendapati bahawa ketiga-tiga atlet gagal mencapai kod etika yang diharapkan daripada semua atlet TeamSG sebagai sebahagian daripada perjanjian atlet mereka.



"SportSG memandang serius pelanggaran kod kelakuan.



"Atlet pasukan Singapura dijangka memegang standard tingkah laku tertinggi kerana mereka mewakili Singapura di pentas dunia dan menjadi contoh teladan bagi warga Singapura," kata SportSG dalam satu kenyataan semalam.



Ia menambah bahawa ia telah memutuskan untuk menggantung semua sokongan kepada ketiga-tiga mereka sebagai atlet yang dipilih di bawah Skim Prestasi Tinggi untuk tempoh sebulan bermula 1 Oktober ini.



Ini bermakna ketiga-tiga atlet tidak akan menerima geran bantuan latihan dan akses kepada kemudahan serta perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan dalam tempoh ini.



Teong, yang juga seorang pemegang Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa Spex), juga akan ditarik balik sokongan biasiswanya selama sebulan.



"Tindakan yang diambil terhadap atlet menekankan tanggungjawab dan akauntabiliti mereka sebagai atlet negara. Dalam membuat keputusan mengenai tindakan ini, SportSG mengambil kira pelbagai faktor termasuk siasatan CNB.



"SportSG juga menyatakan bahawa ketiga-tiga atlet memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses semakan dalaman, dan sedia mengaku bagi pengambilan (dadah). Mereka telah menyatakan kekesalan atas kesilapan mereka dalam penghakiman, dan telah merayu untuk diberi peluang kedua untuk membuktikan diri mereka dan memenuhi peranan dan tanggungjawab mereka sebagai atlet negara.



"Ketiga-tiga atlet memutuskan untuk tidak menyalahgunakan dadah terkawal pada masa hadapan, dan juga komited menebus kesalahan dengan menyumbang kembali kepada masyarakat sukan dan memainkan peranan dalam pendidikan dan usaha lain untuk menghalang orang lain daripada melakukan kesilapan yang sama," kata SportSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >