Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Amita Berthier dan rakan sepasukan raih kejuaraan lawan pedang di AS

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



TAHUN yang penuh dengan gangguan dan ketidakpastian menghasilkan detik yang menggembirakan bagi Amita Berthier apabila pelawan pedang Singapura itu dan rakan sepasukannya dari Universiti Notre Dame meraih kejuaraan kejohanan lawan pedang Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA) di Amerika Syarikat pada 28 Mac.



Ia adalah kejuaraan nasional ke-11 sekolah itu, dengan Berthier juga merangkul pingat gangsa dalam pertandingan foil perseorangan wanita.



Tempoh 12 bulan lalu dianggap huru-hara bagi mahasiswi itu, dengan dunia ditempatkan dalam perintah berkurung akibat pandemik koronavirus dan kalendar sukan, terutamanya Sukan Olimpik Tokyo 2020, ditunda.



Dan apabila latihan dan pertandingan dimulakan semula. beliau harus memakai kededua topeng lawan pedang dan pelitup sambil menjalani ujian Covid-19 setiap minggu.



Atlet berusia 20 tahun itu, warga Singapura pertama untuk menang kejuaraan lawan pedang NCAA, memberitahu The Straits Times:



"Menjadi sebahagian pasukan itu dan menang kejohanan sebagai salah seorang anggota utama adalah satu pengalaman menakjubkan. Semangat keakraban dan sokongan pasukan luar biasa. Ia mendorong anda beraksi lebih baik.



"Kemenangan lebih manis kerana ini bukan tempoh waktu biasa - kami perlu mengatasi sesi latihan yang sukar, kerap memantau kesihatan kami dan belajar bernafas di sebalik lapisan pelitup semasa pertembungan intensif...ini memerlukan kekuatan mental dan tahap kecergasan fizikal yang baik."



Menduduki tempat ketiga dalam acara foil wanita selepas tewas 15-9 kepada rakan sepasukan Stefani Deschner dalam separuh akhir, Berthier memainkan peranan penting dalam kemenangan rekod Notre Dame dengan mereka mengakhiri kejohanan mengutip 201 mata, pungutan mata tertinggi daripada mana-mana pasukan dalam format kejohanan buat masa ini.



Beliau juga memenangi pingat gangsa dalam penampilan pertamanya di NCAA pada 2019, sebelum berehat selama setahun untuk fokus kepada kelayakan Olimpik.



Pelawan pedang nombor 60 dunia itu menambah:



"Saya rasa saya mungkin boleh pamerkan persembahan lebih baik dalam acara saya tetapi saya gembira dengan cara saya lawan secara keseluruhan. Ia bukan mudah untuk lawan rakan sepasukan anda, ada bermacam perasaan bermain dalam fikiran, tetapi pelawan pedang yang lebih bagus menang."



Kejayaan terkini bekas pemain junior nombor satu dunia itu akan memberikannya rangsangan tambahan apabila beliau cuba menjamin kelayakan Olimpik bersejarah di Pertandingan Kelayakan Olimpik Asia di Uzbekistan pada 25 hingga 26 April.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >