Premium
Anak antara pemain paling berbakat Singapura
Jul 10, 2016 | 5:30 AM
BERBAKAT BESAR: Mohd Saifullah sudah pun berpeluang merasakan sendiri latihan di empat negara berbeza - Australia, Jepun, Perancis dan England. - Foto fail -
BAKAT muda, Muhd Saifullah Akbar, mendapat tumpuan meluas tahun lalu semasa menyertai latihan selama sebulan bersama kelab Liga Australia (Liga-A), Newcastle Jets.
Ketika itu baru berusia 16 tahun, Saifullah - anak sulung jurulatih Tampines Rovers, Muhammad Akbar Abdul Nawas - mempamerkan kecekapan dan kematangan yang menjangkaui usianya itu.

