Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak Baihakki mahu beraksi dalam Piala Dunia

Jul 24, 2022 | 5:30 AM
IMPI KE PIALA DUNIA: (Dari kanan) Mika bergambar bersama Encik Tong dan ibunya, Cik Norfasarie Mohd Yahya, dalam majlis pelancaran Akademi Bola Sepak Singapura di Sekolah Menengah Jurongville semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
IMPI KE PIALA DUNIA: (Dari kanan) Mika bergambar bersama Encik Tong dan ibunya, Cik Norfasarie Mohd Yahya, dalam majlis pelancaran Akademi Bola Sepak Singapura di Sekolah Menengah Jurongville semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

PEMAIN Akademi Bola Sepak Sekolah (SFA), Mika Bazil Baihakki, 13 tahun, menyimpan hasrat bersaing dalam Piala Dunia suatu hari nanti.

Peluang latihan dan bermain di luar negara yang disediakan SFA akan membantu beliau mengecap impiannya, kata pelajar menengah satu di Sekolah Anglo-Chinese (Barker) itu.

Dalam majlis pelancaran SFA di Sekolah Menengah Jurongville semalam, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, mengumumkan bahawa SFA bakal menawarkan peluang latihan dan biasiswa bola sepak di luar negara kepada pemainnya.

"Peluang ke luar negara adalah perubahan besar bagi golongan belia yang ingin bermain bola sepak.

"Saya percaya ini akan mendorong lebih ramai pemain muda untuk mempunyai cita-cita besar dan bermain di tahap tinggi," tambah Mika, anak bekas bintang pertahanan nasional, Baihakki Khaizan.

SFA, yang merupakan sebahagian projek bola sepak kebangsaan Unleash The Roar!, ditubuhkan di 10 sekolah menengah Januari tahun ini dan bertujuan menaik taraf bola sepak Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg