DOHA: Ancaman pengganasan dan keselamatan siber terhadap acara sukan global, termasuk Piala Dunia bola sepak dan Olimpik, semakin bertambah, demikian amaran setiausaha agung Interpol Rabu lalu.

Jurgen Stock, yang bercakap di luar satu persidangan keselamatan di Doha, yang bakal menjadi hos Piala Dunia 2022, berkata bahawa pelbagai bentuk ancaman, termasuk tindakan ganas penonton, kini wujud dalam acara sukan besar.