Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SEPANYOL

Ancelotti tinggalkan Everton, ganti Zidane di Real

Jun 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Carlo Ancelotti telah meninggalkan Everton untuk menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Real Madrid buat kali kedua.



Warga Italy berusia 61 tahun itu, yang mengurus Real Madrid selama dua tahun antara 2013 dengan 2015, meninggalkan Everton setelah 18 bulan mengisi kerusi panas di Goodison Park.



Beliau menggantikan Zinedine Zidane di Real dan pemindahan itu memaksana Everton mencari pengurus tetap keenam dalam tempoh lima tahun.



Ancelotti menandatangani perjanjian selama tiga tahun bersama Real dan mengatakan pemindahan itu "satu peluang tidak dijangka".



"Saya menghormati sepenuhnya semua yang ada kaitan dengan Everton dan harap mereka dapat mencapai peluang menarik yang mereka miliki di depan mereka.



"Meskipun saya menikmati waktu semasa di Everton, saya diberi peluang tidak dijangka yang saya percaya adalah langkah tepat untuk saya dan keluarga saya pada masa ini."



Real mempersembah Ancelotti kepada media semalam.



Ancelotti mempunyai kurikulum vitae antara yang mengagumkan dalam dunia bola sepak dan memenangi Liga Juara-Juara bersama Real pada 2014, membantu pasukan Sepanyol itu merangkul takhta Eropah ke-10 mereka, atau yang dipanggil 'Decima'.



Namun, beliau dipecat 12 bulan kemudian.



Beliau salah seorang daripada tiga jurulatih yang memenangi Piala Eropah atau Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali.



Dua lagi ialah mantan pengurus Liverpool Bob Paisley dan Zidane.



Ancelotti juga membimbing AC Milan mencapai kejayaan di Eropah pada 2003 dan 2007.



Senarai pencapaiannya termasuk kejuaraan liga di empat negara berbeza bersama Milan (Italy), Chelsea (England) , Paris St Germain (Perancis) dan Bayern Munich (Jerman) sepanjang kerjaya 26 tahun sebagai pengurus.



Pemindahan Ancelotti muncul berikutan keputusan Zidane meletak jawatan lima hari setelah pasukan Real gagal menjulang kejuaraan La Liga, yang jatuh ke tangan musuh ketatnya Atletico Madrid.



Real menamatkan musim baru berlalu dua mata di belakang Atletico, disingkir daripada Liga Juara-Juara oleh Chelsea, yang akhir menjadi juara, pada pusingan separuh akhir, dan mengalami kekalahan Copa del Rey memalukan kepada kelab divisyen ketiga Alcoyano dalam musim tanpa trofinya ini, yang jarang berlaku.



Sementara itu, Everton berkata dalam satu kenyataana: "Kelab ini akan memulakan proses melantik pengurus baru dengan segara dan akan memberi maklumat terkini dalam masa terdekat."



Pelantikan Ancelotti dengan kontrak empat setengah tahun dianggap sebagai satu tindakan cemerlang semasa Everton mengumumkannya pada Disember 2019.



Juarulatih itu membimbing kelab tersebut ke tangga ke-12 Liga Perdana England (EPL) pada musim pertamanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >