Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ange Postecoglou suntik semangat baru kepada Spurs

Oct 24, 2023 | 05:07 PM



LONDON: Tottenham Hotspur meneruskan permulaan terbaik dalam tempoh lebih 60 tahun selepas menewaskan Fulham 2-0 di tempat sendiri pada Selasa.


Ia sekali gus melebarkan jurang di persada Liga Perdana England (EPL) dengan pencabar terdekat Manchester City.

Tidak pernah tewas dalam EPL sejak dikendalikan Ange Postecoglou, Spurs kini meraih 23 mata iaitu dua mata lebih daripada juara Manchester City dan Arsenal.

Jaringan ketujuh kapten Son Heung-min bagi musim ini dan gol James Maddison memastikan kemenangan ketujuh bagi anak didik Postecoglou dalam sembilan perlawanan EPL.

Penyokong Spurs seakan berada di awang-awangan dengan rentak permainan dan tekanan tinggi yang diterapkan Postecoglou, yang berpindah dari kelab Celtic pada musim panas 2023.

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, berkata: “Kami ingin para penyokong untuk dilamun angan-angan, tetapi kami perlu kekal fokus hari demi hari.

“Para penyokong boleh berada di awang-awangan, kami inginkan hal itu. Ia boleh berlaku kepada mereka (penyokong) tetapi bagi kelab, ia tidak boleh berlaku.”

Postecoglou, 58 tahun, meninggalkan Celtic selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana Scotland dalam dua musim berturut-turut semasa beliau mengendalikan kelab dari Glasgow itu.

Beliau menjadi pengurus keempat Spurs sejak Mauricio Pochettino membawa pasukan itu ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Uefa (UCL) bagi musim 2018-19.

Ini susulan era di bawah Jose Mourinho, Nuno Espirito Santo dan Antonio Conte.

Di bawah kepimpinan pengurus-pengurus sebelum ini, terdapat ketidakpuasan mengenai gaya permainan ‘defensif’ Spurs – sesuatu yang segera ditangani oleh Postecoglou, seorang warga Australia.

Carragher menjelaskan: “Kebanyakan peminat Spurs tidak terlalu terbawa-bawa tentang memenangi kejuaraan. Mereka rasa gembira jika mara ke Liga Juara-Juara pada musim seterusnya.

“Spurs melalui masa sukar sejak sekian lama dan kini gaya permainan (pasukan itu) mengembalikan keterujaan.

“Spurs bermain bola sepak yang sangat berani. Peminat suka menonton pasukan mereka lagi.”

Barangkali ada segelintir penyokong enggan terlalu terbawa-bawa dengan impian untuk merangkul kejuaraan EPL pertama sejak 1961, terutamanya dengan pasukan seperti Manchester City, Arsenal dan Liverpool semuanya dalam lingkungan tiga mata.

Postecoglou sendiri menegaskan pasukannya masih mempunyai perjalanan yang jauh.

Beliau berkata: “Saya rasa saya telah berada di sini setiap minggu dan berkata bahawa kami mempunyai perjalanan jauh.

“(Pendirian) itu tidak berubah. Kami baru tamat sembilan perlawanan dan kami berada dalam permulaan untuk membina sesuatu.

“Adalah lebih mudah bagi saya untuk ada di sini dan berkata ‘ya, kami pasukan yang hebat’.”

Menurutnya, masih banyak yang perlu dilakukan dan itu merupakan tanggungjawabnya untuk memastikan Spurs dapat mencapai yang terbaik.

Dalam pada itu, sungguhpun Spurs mencatatkan kemenangan ke atas Fulham, Postecoglou tidak berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi pasukannya.

“Keputusan yang bagus kerana Fulham pasukan yang sukar ditembusi.

“Babak kedua (prestasi) agak menurun, kami tidak beraksi pada tahap sebenar.

“Anda perlu hormati perlawanan dan jika anda tidak bersungguh-sungguh, anda akan dihukum. Ia 45 minit kami yang terburuk semasa bersama bola.”

Rembatan Heung-min dengan kaki kanan tepat ke penjuru gawang pada minit ke-36 dan menetapi sasaran – jaringan itu sekali gus bermakna beliau menghasilkan gol ke-50 di stadium mereka sendiri.

Spurs akan berkunjung ke Crystal Palace pada Sabtu dan berpeluang melebarkan jarak kedudukan di persada EPL kepada lima mata jika ia menang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >