Premium
Angela Lee berazam pertahan kejuaraan
Dec 8, 2016 | 5:30 AM
DIGEMARI RAMAI: Angela Lee dinobatkan juara dunia atomweight pada Mei lalu setelah menewaskan atlit Jepun. - Foto THE STRAITS TIMES -
ATLIT kegemaran ramai Angela Lee bakal menjadi tumpuan dalam acara seni mempertahankan diri campuran (MMA) anjuran One Championship di Stadium Tertutup Singapura pada Mei tahun depan.
Ini kali pertama atlit berusia 20 tahun itu mempertahan kejuaraan beliau sejak dinobatkan juara dunia atomweight pada Mei lalu setelah beliau menewaskan atlit Jepun, Mei Yamaguchi, di hadapan orang ramai di tempat yang sama.

