Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Anggota NS diberi tindakan disiplin selepas berlatih dengan Sailors semasa cuti sakit

Mar 15, 2023 | 05:30 AM



BEKAS penjaga gol bawah 16 tahun Singapura, Veer Karan Sobti telah didakwa dan dikenakan tindakan disiplin oleh Kementerian Pertahanan (Mindef), selepas menjalani latihan bersama kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Lion City Sailors sementara cuti sakit dari Latihan Ketenteraan Asas (BMT). Pemain berusia 18 tahun itu sedang menjalani hukuman di dalam berek tahanan.



Dalam respons kepada pertanyaan The Straits Times, seorang jurucakap Mindef berkata pada Isnin: "Anggota perkhidmatan negara (NS) yang didapati menyalahgunakan keistimewaan atau cuti sakit akan berdepan tindakan disiplin.



"Siasatan mendedahkan bahawa Rekrut (Rec) Veer Karan Sobti, anggota NS sepenuh masa, mendapatkan rawatan perubatan dan mendapat cuti sakit, yang mengecualikannya dari latihan ketenteraan.



"Pada beberapa kali, semasa cuti sakit, Rec Veer berlatih bersama Kelab Bola Sepak Lion City Sailors. Apabila ditemu bual oleh pihak atasan, Rec Veer menafikan menghadiri sesi latihan bola sepak.



"Rec Veer telah dibicarakan secara ringkas atas sebab mengingkari perintah am kerana meninggalkan rumah tanpa izin semasa cuti sakit, dan bersikap prejudis terhadap disiplin yang baik untuk berbohong kepada pegawai atasan."



Mindef menyatakan bahawa hukuman dikenakan untuk kesalahan tersebut termasuk dihantar ke Berek Tahanan Angkatan Bersenjata Singapura, tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.



Dilahirkan di Hong Kong kepada ibu bapa warga India, Sobti tiba di Singapura ketika usianya tiga tahun.



Pemilih pemain nasional cukup kagum dengan bakatnya dan beliau mendapat panggilan ke kelayakan Kejohanan Bawah 16 Tahun Konfederasi Bola Sepak Asia pada 2019 dan bermain dalam kekalahan 1-2 kepada Hong Kong dan 1-6 di tangan Korea Selatan.



Pada 2019, beliau menjalani dua percubaan bersama Cardiff City sebelum menandatangani kontrak bersama Young Lions pada 2020. Beliau berpindah ke Sailors pada 2021 dan dipinjamkan ke Tanjong Pagar United pada 2022, bermain dalam satu-satunya perlawanan SPL sehingga kini ketika menamatkan 90 minit dalam kemenangan 3-1 ke atas Balestier Khalsa pada September.



Beliau kembali ke Sailors apabila beliau mendaftar untuk menjalani NS. Namun, gambar Sobti berlatih bersama Sailors pada awal 2023 telah dimuat naik dalam media sosial ketika beliau berada dalam BMT, yang menyebabkan siasatan Mindef. Difahamkan beliau mendapatkan cuti sakit akibat ekzema dan alergi.



Seorang jurucakap Sailors mengakui bahawa terdapat "jurang dalam protokol komunikasi di kelab" dan tindakan pembetulan telah diambil berikutan semakan dalaman "supaya keadaan sedemikian tidak akan berlaku pada masa hadapan".



Beliau menambah: "Kontrak Karan sebelum ini telah digantung, sebelum dia menjalani perkhidmatan negara...dan dia bukan pemain aktif bersama kelab apabila dia memohon untuk mengikuti sesi latihan.



"Karan telah memberitahu beberapa kakitangan staf mengenai status perubatannya semasa NS, dan apabila perkara ini didedahkan kepada pengurusan kelab, dia serta-merta tidak dibenarkan menyertai sesi latihan."



Dipercayai bahawa beliau telah menghadiri latihan sebelum larangan dan gambar-gambar berkenaan telah dimuat naik selepas itu.



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa Sobti buat masa ini tidak mewakili mana-mana pasukan belia nasionalnya dan bahawa langkah disiplin yang dikenakan oleh Mindef adalah "sewajarnya".



Jurucakapnya berkata: "FAS tidak memaafkan mana-mana pemain bola sepak yang tidak memenuhi kewajipan perkhidmatan negara mereka dan/atau memenuhi kelakuan yang diharapkan, kerana ia adalah kewajipan yang dijangkakan daripada setiap lelaki Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >