Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Antara anak, famili dengan bola jaring

Jul 08, 2019 | 05:30 AM



TATKALA atlet ini mendapat tahu bahawa beliau sedang hamil anak kedua, Siti Nurshawallah Rashid terpaksa melupakan hasratnya mewakili negara dalam Kejohanan Bola Jaring Asia pada September tahun lalu.



"Perasaan saya ketika itu bercampur baur. Gembira sebab saya akan mendapat cahaya mata tapi pada masa yang sama sedih juga sebab matlamat saya adalah untuk beraksi dalam Kejohanan Bola Jaring Asia," katanya dalam satu temuramah di Pusat Netball Kallang baru-baru ini.



Setelah menjalani lawatan latihan di New Zealand bersama skuad bola jaring negara pada Julai tahun lalu, pemain tengah berusia 26 tahun itu disahkan hamil dua bulan.



"Saya serta-merta terpaksa tangguhkan semua perancangan saya untuk bola jaring dan fokus kepada kandungan saya," ujarnya yang juga mempunyai seorang anak perempuan, Aisyah Alisyah Amsyar, tujuh tahun.



Namun semangat dan cinta kepada sukan tersebut membawanya kembali ke gelanggang pada April lalu.



Ini dua bulan selepas beliau melahirkan seorang bayi lelaki, Aqeel Muiz Amsyar, yang kini berusia lima bulan.



Beliau yang telah berkecimpung dalam sukan tersebut selama 14 tahun, berkata:



"Saya rasa matlamat saya dalam bola jaring masih belum tercapai.



"Sejurus selepas saya habis pantang, saya lakukan latihan kekuatan dan kecergasan saya sendiri untuk kembali ke tahap sebelum ini."



Atas usaha gigih dan ketekunannya, Nurshawallah dapat menebus semula impiannya untuk mewakili negara dalam kejohanan bertahap tinggi apabila namanya tersenarai di antara 12 pemain skuad Piala Dunia Bola Jaring Singapura.



Kejohanan empat tahun sekali itu akan diadakan di Liverpool, England, bermula 12 hingga 21 Julai nanti.



Ini sekaligus bermakna untuk dua minggu itu Nurshawallah harus berjauhan daripada keluarganya.



"Agak berat untuk tinggalkannya (Aqeel) sebab dia masih kecil tapi saya akan cuba kerap telefon untuk bertanya khabarnya. Bagi Aisyah pula, dia lebih memahami (jadual Nurshawallah sebagai seorang atlet)," katanya yang tidak lagi menyusukan anak.



Biarpun itu, Nurshawallah tetap fokus untuk memberikan persembahan terbaik dalam penampilan pertamanya di Piala Dunia.



Pemain yang tingginya 1.72 sentimeter itu berharap dapat membawa kelainan kepada bahagian tengah skuad kebangsaan dengan gaya permainannya yang lebih teratur dan tenang.



Selain menggalas peranan seorang ibu dan atlet, beliau juga memegang jawatan sebagai pegawai ekskutif program sekolah di Sekolah Menengah Pierce.



Mengongsi rutin sehariannya, beliau berkata beliau akan bangun pagi untuk menyiapkan Aisyah ke sekolah sebelum memulakan kerja.



Pada sebelah malam pula, beliau akan sibuk di gelanggang bola jaring berlatih dan kemudian pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama Aqeel.



Tanpa sokongan padu daripada suami dan ibu mentuanya, beliau tidak akan dapat meneruskan 'kerjayanya' dalam bola jaring.



Mereka sedikit sebanyak meringankan beban, kata Nurshawallah.



Ditanya antara cabaran yang harus beliau lalui untuk mengimbangi alam keibuan, sukan dan tugas, beliau menambah:



"Tidur. Aqeel ada corak tidur yang berbeza di mana dia akan bangun setiap tiga jam untuk menyusu. Pada hari baik, saya akan dapat empat hingga lima jam tidur."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >